Ramai yang keliru, 1.00 petang atau 1.00 tengah hari. Ramai juga keliru, ejaan yang betul ialah tengah hari atau tengahari. Alhamdulillah tamat hari pertama PdPR, ada sedikit masa terluang. Jom kita berborak sedikit tentang kedua-dua persoalan ini!
JOM Sertai: Telegram Cikgu Ayu dot My
Berbalik kepada tulisan hari ini.. Sebenarnya, banyak kekeliruan yang timbul mengenai penggunaan istilah waktu yang tepat. Kebanyakannya, timbul kekeliruan untuk bezakan pecahan waktu tengah hari dan petang.
Sebelum itu, jemput baca juga tulisan mengenai:
- Modul PdPR Bahasa Melayu Tahun 5
- Fail Rekod PdPR Untuk Kemaskini Respons Tugasan Murid
- Contoh Jadual PdPR Kelas (editable softcopy)
1.00 Petang atau 1.00 Tengah Hari?
Jom, tempoh masa dan waktu yang betul untuk penggunaan istilah yang tepat. Penggunaan waktu pagi, tengah hari, petang, malam dan tengah malam boleh rujuk panduan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Pecahan waktu adalah merujuk kepada jadual di bawah:
Pagi | 01:00 – 11:59 |
Tengah Hari | 12:00 – 13:59 |
Petang | 14:00 – 18:59 |
Malam | 19:00 – 23:59 |
Tengah Malam | 00:00 – 00:59 |
Sekarang dah tak ragu-ragu, kan? Dah tak keliru waktu petang bermula jam berapa? Jadi, apabila kita dah tahu jawapan yang betul, kita betulkanlah yang biasa. Jika info ini bermanfaat, boleh kongsikan pautan tulisan ini kepada rakan-rakan atau murid-murid yang lain juga!
Akhir Kata
Semoga dengan perkongsian tulisan 1.00 Petang atau 1.00 Tengah Hari? ini dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan buat semua yang membacanya. Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberikan manfaat kepada yang lain.
Doa-doa Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My juga ya!Â
1 comment
terima kasih cikgu ayu. ia sangat membantu saya. salam berkenalan dan menyambut bulan ramadan.