Label Comel untuk Meja Murid di Dalam Kelas

Cikgu Ayu dot My

January 26, 2015

Siapkan label meja comel untuk anak-anak murid saya. Baru sempat cetak dan laminate. Selepas ini cuma usaikan langkah potong dan tampal di meja. Jika ada yang berminat, boleh muat turun secara percuma. Tiada wang ringgit yang dipinta, cuma doa semoga saya berada dalam sejahtera rahmat-Nya dunia akhirat. Semoga Allah rahmat warga pendidik semua.

Kami sediakan label ini dalam format yang mudah diedit. Rakan-rakan boleh muat turun dan gantikan dengan nama murid masing-masing sebelum dicetak. Bahan ini merupakan format (.ppt) yang boleh dikendalikan dengan menggunakan perisian Microsoft PowerPoint.


Artikel Berkaitan:

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian bahan Label Comel untuk Meja Murid di Dalam Kelas ini dapat meringankan tugas rakan-rakan guru yang sedang membuat persediaan pembukaan sekolah. Saya percaya, bila bekerjasama, kerja kita akan jadi lebih mudah.

Tiap keringat yang mengalir di jalan Dia, pasti juga ada pulangan yang boleh menyejukkan jiwa kita. Moga Allah sentiasa limpahkan rahmat kasih sayang-Nya dan moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.

Doa-doa juga Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai:  Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! 🙂

9 thoughts on “Label Comel untuk Meja Murid di Dalam Kelas”

  1. Thanks cg Ayu. Izinkan saya guna bahan2 cg ya. Semoga segala urusan cg dipermudahkan dan diberkati olehNya. Aamiin.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.