444
Tanda tanya kenaikan Elaun Perumahan Guru atau dikenali juga sebagai Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) sudah terjawab dengan terbitnya Surat Pekeliling Bilangan 8, 2015. Kenaikan elaun ini melibatkan guru-guru dengan gred jawatan DG42 dan ke bawah dan mula dilaksanakan pada 1 November 2015.
Kerajaan turut bersetuju ITP diberi kepada guru-guru yang mendiami kuarters, pada kadar 25% daripada kadar kelayakan ITP.