Home Laluan Kerjaya Permohonan Biasiswa MyBrain Untuk Penjawat Awam

Permohonan Biasiswa MyBrain Untuk Penjawat Awam

by Cikgu Ayu dot My

Biasiswa MyBrain mula diperkenalkan untuk penjawat awam yang melanjutkan pengajian di peringkat Master (Sarjana) dan PhD (Kedoktoran) pada tahun 2015, selaras dengan Bajet 2015 yang dibentangkan tahun lalu. Hasrat kerajaan adalah untuk menghasilkan seramai 60,000 pemegang PhD dalam kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023 dan program MyBrain ini merupakan pemangkin untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi.

SEMAKAN PERMOHONAN
Permohonan biasiswa untuk penjawat awam ini telahpun ditutup pada 31 Julai yang lalu dan bagi mereka yang telah menghantar permohonan, bolehlah menyemak permohonan melalui pautan https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrain15/v2/. Bagi mereka yang terlepas peluang untuk memohon pada tahun ini, moga-moga diberikan kesempatan untuk membuat permohonan pada tahun hadapan.

SEBAB PERMOHONAN TIDAK DITERIMA
Pihak Kementerian telah menetapkan penerimaan permohonan dengan kuota 700 bagi permohonan pengajian di peringkat Sarjana dan 300 permohonan peringkat Kedoktoran. Sebab utama permohonan ditolak ialah pengisian borang yang tidak lengkap atau dokumen yang dimuat naik tidak mencukupi.

Maklumat lanjut, sila layari: Laman Rasmi Biasiswa MyBrain

Bagi mereka yang telah melengkapkan borang dan dokumen yang telah diminta, mungkin permohonan anda di luar pertimbangan kuota 700:300 yang mengambil kira kriteria LNPT, CGPA pengajian tertinggi dan tahun berkhidmat. Cuba lagi pada tahun hadapan.
(Mohd Syukri Sardangi: Unit MyBrain15)

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.