1.5K
Muat Turun Kad Nama Murid
Bagaimana cara untuk mengekalkan tumpuan murid dalam bilik darjah? Bila timbul soal penglibatan aktif murid dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP), saya mula menyoal diri, apakah saya bertindak seimbang dalam membangunkan murid-murid sewaktu PdP dijalankan? Tidak. Untuk banyak ketikanya saya lebih terdorong untuk menyebut nama-nama murid yang saya kenali. Dalam situasi awal tahun, saya masih berada dalam situasi menghafal nama dan mengenali tahap murid.
Situasi ini tidak seharusnya berlangsung dengan membiarkan murid saya tidak ingat namanya berada dalam keadaan muram kerana rasa dipingggirkan ataupun rasa ‘selamat’ kerana tiada soalan yang akan ditujukan kepadanya. Maka wujudlah kad nama murid yang disusun secara rawak.
Bagaimana saya menggunakannya:
- Dalam sesi yang memerlukan murid untuk memberikan respons secara individu, saya akan menggunakan kad ini dengan memilih satu kad sahaja.
- Murid yang tertera namanya pada kad tersebut akan diminta untuk menyelesaikan tugasan yang guru akan maklumkan.
Nampak biasa dan ringkas, namun impaknya saya membuatkan saya selesa kerana:
- Murid sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga dan menumpukan perhatian semasa PdP dijalankan.
- Murid rasa teruja untuk mengetahui siapakah yang akan terpilih untuk menyelesaikan tugasan seterusnya.
- Keadaan murid terkawal; tiada kebisingan dan situasi berebut-rebut mengangkat tangan dan berteriak untuk memberikan respons.
Muat Turun Kad Nama Murid
12 comments
Bagus juga idea ni. Kad hijau disebelahnya untuk apa ye?
Kad hijau tu sebenarnya kad tugasan dalam kumpulan,
Jika ingin tahu lanjut, saya akan ceritakan dalam artikel seterusnya. 😀
Tahniah Cikgu Ayu… sangat memberikan inspirasi supaya terus kratif dan inovatif. Terima kasih banyak
Bagus idea cikgu…mohon share yek
Silakan. 😀
Kad nama tu diunjukkan kpd murid berkenaan atau mcm mana penggunaannya cg?
Boleh digunakan mengikut kreatviti cikgu.
Berikut cara penggunaan saya:
1. Terbalikkan nama murid,
2. Minta seorang murid pilih satu kad,
3. Bacakan nama yang tercatat pada kad,
4. Murid yang tercatat namanya akan melaksanakan tugasan.
Tugasan itu sama ada menjawab soalan, membentangkan hasil perbincangan
dan sebagainya. 🙂
maksudnya, setiap kelas yg diajar ada 1gugus senarai nama m nie..? erm..menarik juga
betul. 🙂
good idea
Saya pernah gunakan cara yang sama sewaktu praktikal tahun lepas tapi pensyarah saya kata saya tiada effort untuk hafal nama murid. 🙁 tapi saya tetap dengan pendirian teknik ni sangat membantu murid kekal fokus sepanjang pdp
Pada pandangan saya, ini ialah salah satu usaha.
Lagi-lagi bila nak kena hafal nama murid yang ramai dalam masa yang singkat.
Yang utama, memang bagus bila nak terapkan unsur suspens
dan murid memang akan lebih fokus. 😀