Salah satu cara pembelajaran abad ke 21 adalah dengan menggunakan media interaktif secara berkesan dalam sesi pembelajaran murid. Peranan guru sebagai fasilitator boleh dimaksimumkan dengan memfokuskan pembelajaran berpusatkan murid melalui penggunaan kuiz interaktif secara Online.
Tutorial Cara Menggunakan Quizizz
Melalui Quizz, guru dapat menjana kuiz mengikut topik yang diajar. Boleh juga menggunakan kuiz tersedia yang telah dijana oleh guru-guru lain.
Klik pautan ini untuk mendaftar masuk atau mencipta akaun baharu.
Murid dapat menyertai dengan membuat log masuk. Akaun murid boleh dicipta dengan adanya alamat emel. Saya sendiri masih menggunakan emel YES untuk memudahkan pendaftaran akaun Quizizz.
Jika mengalami kesukaran untuk log masuk, guru-guru tidak perlu risau kerana murid juga boleh melibatkan diri tanpa perlu log masuk. Cuma, murid nanti tidak akan dapat catatan kuiz yang telah dijawab sahaja.
Cara Buat Kuiz Online Menggunakan Quizizz
Terdapat perlbagai cara untuk buat kuiz secara online. Mudah sahaja apabila kita memiliki content atau soalan. Ada guru-guru yang memilih jalan yang lebih mudah dengan menggunakan Google Docs Form, Kahoot!, Quizizz dan berbagal laman dan aplikasi yang lain.
Kelebihan dan Kekurangan Menggunakan Quizizz
Google Docs Form, Kahoot! dan Quizizz ini antara laman pilihan guru-guru di Malaysia. Percuma dan guru-guru boleh menjimatkan masa membina item soalan dengan memilih soalan-soalan daripada guru lain yang bersesuaian.
Saya lebih gemar mengguganak Quizizz berbanding Google Docs Form kerana lebih mudah untuk memberikan latihan dan memantau pencapaian murid. Berbanding sekiranya menggunakan Google Docs Form, hanya admin yang dapat melihat statistik dan pencapaian.
Satu perkara yang kurang menyenangkan saya tentang Quizizz ini adalah, hanya 500 penyertaan peserta kuiz dihadkan untuk menjawab soalan yang dibina. Berbanding Google Docs Form, akses tanpa had.
1 comment
Tak tahu