Nota Diftong, Vokal Berganding, Diagraf dan Konsonan Bergabung ini tidaklah saya beratkan untuk anak-anak seawal 7 tahun untuk faham konsep dan hafal. Pada saya, murid darjah satu, jika sudah mampu lancar membaca, menyebut dan mampu menulis, itu sudah cukup bagus. Guru boleh perkenalkan konsep ini dalam situasi yang santai.
Penerapan Diftong, Vokal Berganding, Diagraf dan Konsonan Bergabung
Murid Tahap 1 (Tahun 1-3)  akan ditekankan  kemahiran literasi dan aplikasi bahasa pada peringkat asas. Murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis terlebih dahulu, manakala aspek seni bahasa dan tatabahasa menyokong bahan yang dipersembahkan.
Pendekatan untuk mengenali konsep diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan berganda dalam buku teks Tahun adalah merupakan pendekatan pembelajaran bahasa yang lebih santai dan secara didik hibur sesuai dengan tahap penguasaan murid.
Keupayaan Menyebut, Membaca dan Menulis Perkataan
Murid tidak diberatkan dengan penghafalan set definisi konsep. Mereka bukan belajar untuk mendapat Ijazah pada usia ini. Kemampuan murid akan difokuskan dalam keupayaan menyebut, membaca dan menulis perkataan yang berkaitan.
Maksud dan Contoh Diftong
Diftong bermaksud dua huruf vokal yang disebut dalam satu perkataan. Terdapat tiga jenis Jenis Diftong yang perlu diketahui, iaitu ai, au, oi.
Contoh penggunaan diftong dalam perkataan ialah tapai, pisau, kaloi.
Maksud dan Contoh Vokal Berganding
Vokal berganding pula merupakan dua huruf vokal yang terpisah sebutan bunyi dalam suku kata. Vokal ini terletak bersebelahan, namun terpisah dalam dua suku kata yang berbeza.
Contoh kehadiran vokal berganding boleh dilihat dalam perkataan tiung, peria, halia.
Maksud dan Contoh Diagraf
Digraf ialah dua huruf konsonan berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy dan kh. Kedua-dua konsonan ini berada dalam satu suku kata yang sama.
Contoh diagraf dalam perkataan ialah pada perkataan penyapu, tudung, khabar.
Maksud dan Contoh Konsonan Bergabung
Konsonan bergabung ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan.
Contohnya, bangku, pinggan, panjang.
3 comments
terbaik cikgu tunjuk beza digraf dan konsonan bergabung
Cikgu, adakah ‘bersenam’ konsonan bergabung?
bukan.