328
Bagi memastikan situasi ketidakpadanan opsyen guru di sekolah dapat diatasi, pihak kementerian telah mengambil inisiatif untuk melabelkan guru mengikut beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Kriteria tersebut ialah:
KRITERIA
|
LABEL
|
KETERANGAN
|
01
(OPSYEN IKHTISAS)
|
LABEL MAJOR IKHTISASÂ Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â jika mengajar berdasarkan ikhtisas
|
Berdasarkan opsyen major ikhtisas seseorang guru
|
02
(OPSYEN IKHTISAS)
|
LABEL IKUT IKHTISASÂ Â Â Â Â Â Â
Jika minor lebih baik drp major     Â
|
Ajar berdasarkan opsyen minor berbanding major ikhtisas seseorang guru mengikut sejarah/ pengalaman mengajar.
Contoh : Fizik (major) dan Matematik (minor)
|
03
(OPSYEN IKHTISAS)
|
LABEL IKUT OPSYEN IKHTISAS PERTAMA
jika tidak mengajar menggunakan ikhtisas kedua walaupun lebih tinggi  Â
|
Berdasarkan opsyen ikhtisas pertama (KDPM) berbanding opsyen ikhtisas tertinggi (Bachelor Pendidikan) jika seseorang guru mengajar opsyen ikhtisas dan tidak mengajar ikhtisas tertinggi.
Contoh : Opsyen Sains (KDPM)
Opsyen Bahasa Melayu (B.Ed)
|
04
(BUKAN OPSYEN AKADEMIK)
|
LABEL IKUT AKADEMIK TERTINGGI
jika tidak mengajar berdasarkan ikhtisas
|
Berdasarkan pengkhususan akademik tertinggi jika seseorang guru tidak mengajar mata pelajaran opsyen ikhtisas.
Contoh : Sejarah ( Pengkhususan akademik tanpa ikhtisas)
Bahasa Melayu (Opsyen ikhtisas bagi guru yang memiliki KDPM/KPLI).
|
05
(OPSYEN CONVERSION)
|
LABEL IKUT OPSYEN CONVERSION
Jika telah membuat conversion
|
Berdasarkan opsyen conversion selepas memiliki Sijil Conversion yang dikeluarkan oleh BPG, KPM
|
06
(BUKAN OPSYEN PENGALAMAN)
|
LABEL IKUT MP MENGAJAR
Jika pengalaman sekurang – kurangnya 4 tahun (SK) atau sekurang – kurangnya 5 tahun (SM) dan mengajar 8 hingga 12 waktu seminggu
|
Tidak mengajar mata pelajaran opsyen sekurang – kurangnya 3 tahun atau lebih akan dilabel mengikut mata pelajaran yang diajar secara berterusan sekurang – kurangnya 4 tahun bagi sekolah rendah dan 5 tahun bagi sekolah menengah
(Jumlah waktu mata pelajaran yang diajar secara berterusan hendaklah tidak kurang 8 waktu seminggu dan tidak melebihi 12 waktu seminggu)
|
07
(BUKAN OPSYEN PENGALAMAN)
|
LABEL IKUT MP MENGAJAR
Jika pengalaman sekurang – kurangnya 3 tahun (SK) atau sekurang – kurangnya 4 tahun (SM) dan mengajar LEBIH DARIPADA 13 waktu seminggu ATAU waktu terbanyak
|
Bagi guru yang mengajar 13 waktu ke atas mata pelajaran yang sama ( bukan opsyen) sekurang – kurangnya 3 tahun bagi sekolah rendah dan 4 tahun bagi sekolah menengah, guru – guru ini akan dilabel berdasarkan jumlah waktu mata pelajaran terbanyak.
|
08
(OPSYEN IKHTISAS)
|
LABEL IKUT OPSYEN IKHTISAS Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â walaupun hanya mengajar 2 waktu seminggu
|
Bagi guru – guru yang mengajar 2 hingga 7 waktu bagi pelbagai mata pelajaran ( mata pelajaran rencam), guru – guru tersebut hendaklah dilabelkan berdasarkan kepada opsyen asal mereka sekiranya masih mengajar mata pelajaran opsyen walaupun waktu yang diperuntukan bagi mata pelajaran opsyen hanyalah 2 waktu seminggu
|
09
(BUKAN OPSYEN PENGALAMAN AKADEMIK)
|
LABEL IKUT SUBJEK AJAR TERBANYAK
Jika ajar bukan ikhtisas dan jumlah waktu adalah 7 hingga 10 waktu seminggu
(Merujuk kepada pengalaman atau akademik)
|
Bagi guru – guru yang mengajar 7 hingga 10 waktu mata pelajaran bukan opsyen akan dilabelkan mengikut waktu terbanyak mata pelajaran yang diajar. Bergantung kepada tempoh pengalaman mengajar atau pengkhususan akademik.
|
10
(BUKAN OPSYEN PENGALAMAN AKADEMIK/ PENGALAMAN)
|
LABEL IKUT AKADEMIK/ PENGALAMAN
Jika jumlah waktu ajar semuanya bukan ikhtisas dan sama banyak
|
|
11
(OPSYEN IKHTISAS)
|
LABEL IKUT OPSYEN IKHTISAS
Jika tidak mengajar atas sebab perjawatan ( tidak berada di sekolah)
|
Kekal dengan opsyen asal masing-masing :
·        Pegawai yang dipinjamkan ke KPM, JPN, PPD atau agensi lain (ikhtisas)
·        Guru yang dimasukkan ke jawatan kumpulan (ikhtisas)
|
12
(OPSYEN IKHTISAS/JAWATAN)
|
LABEL IKUT OPSYEN IKHTISAS/ LANTIKAN JAWATAN/ MP AJAR
Jika masih berada di sekolah
|
·        Pengetua/guru besar
·        Kaunselor/guru bimbingan (ikhtisas/jawatan)
·        Guru pemulihan (ikhtisas/jawatan)
·        Guru pra sekolah (ikhtisas/jawatan/ mp ajar)
·        Guru pendidikan khas (ikhtisas/jawatan/ mata pelajaran ajar)
|