Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit seperti haiwan, benda, tempat dan lain-lain.
Contoh penjodoh bilangan ialah seekor kucing, dua biji guli, lima buah rumah. Sekarang kita belajar untuk mengenal pasti dan menggunakan penjodoh bilangan dengan betul. – 5.1.1 (iv)
Latihan Bahasa Melayu Tahun 1 (Penjodoh Bilangan)
Dengan dibimbing oleh ibu bapa atau ahli keluarga yang lain, murid-murid perlu melengkapkan tugasan penjodoh bilangan. Isi pelajajaran ini terkandung dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 1 (Halaman 35).
Lengkapkan ayat di bawah dengan menggunakan penjodoh bilangan yang tepat.
- Aisyah melakar bentuk penanda buku pada se________ kadbod.
- Ramli mengikat lubang itu menggunakan beberapa ________ benang bulu.
- Mei Ling menggunting kadbod menggunakan se________ gunting.
- Muthu menebuk lubang pada kadbod dengan se________ penebuk lubang.
- Mereka menampal beberapa ________ labuci pada penanda buku itu.
Semak Latihan Bahasa Melayu Tahun 1
Bagi tujuan semakan, bantuan daripada ahli keluarga terdekat adalah dialu-alukan. Sementara berjalan tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP), guru-guru hanya dapat membimbing dari jarak jauh. Jawapan kepada tugasan di atas, boleh dirujuk dalam Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 1 (Halaman 35).
Setelah siap menjawab soalan atas talian, murid digalakkan salin dalam buku tulis atau nota. Pastikan murid-murid menggunakan tanda baca dan huruf besar dengan betul.Â
Kuiz Bahasa Melayu Tahun 1
Murid-murid digalakkan boleh menjawab soalan kuiz melalui laman Quizizz. 10 soalan disediakan. Murid-murid juga boleh mencabar rakan-rakan untuk menjawab soalan berikut bersama-sama.