Pembelajaran jarak jauh hari ini merupakan sesi yang ke-6 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula. Di samping memupuk nilai yang baik-baik sepanjang tempoh berada di rumah, murid juga disapa dengan pembelajaran atas talian.
Rujukan Guru: 4.1.1 (i). Melalui sesi pembelajaran kali ini, murid akan dibimbing untuk menyenarai, mengetahui maksud dan menggunakan simpulan bahasa dengan betul.
Simpulan Bahasa
Tajuk Simpulan Bahasa ini diselitkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu sedari tahun 1. Murid diperkenal sedikit demi sedikit. Bermula dengan contoh yang mudah, hinggalah ke bentuk yang kompleks.
Simpulan Bahasa ialah perkataan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih. Simpulan bahasa mempunyai maksud yang berbeza daripada makna perkataan yang membentuk kata tersebut. Contohnya:
Simpulan Bahasa | Maksud |
dalam tangan | sudah tentu dapat |
ada bakat | mempunyai kebolehan |
ambil hati | membuat sesuatu untuk menggembirakan seseorang |
hati waja | bersemangat |
besar hati | gembira |
air muka | riak wajah seseorang |
buah hati | orang yang dikasihi |
Lengkapkan ayat di bawah menggunakan simpulan bahasa yang sesuai.
- ____________ Muiz berubah apabila dimarah oleh Lisa.
- Ayah berasa ____________ semasa menerima kunjungan tetamu.
- Azim sangat gigih belajar, kejayaan pasti ____________nya.
- Farah disenangi kerana pandai ____________ ibunya.
- Lukisan Ahmad cantik. Dia ____________ dalam bidang seni.
- Ramu seorang yang ber____________, dia tidak pernah mengalah.
- Encik Aizad sangat gembira menerima __________ yang kelima.
- Aisyah berasa sangat sedih kerana __________nya terlibat dalam kemalangan.
Rujukan: Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 3 Jilid 1 (Halaman 5)
1 comment
assalamualaikum cikgu terima kasih kerana mengajar saya