Tadi ada rakan guru yang bertanya tentang Mata Kredit SPLKPM Tak Berubah Walaupun Sudah Sertai Banyak Kursus. SPL KPM merujuk kepada Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Saya catat di sini untuk rujukan saya dan rakan-rakan. Jika ada maklumat tambahan atau maklumat yang kurang tepat, mohon untuk sama-sama perbetul. 🙂
Rekod Bidang Latihan Dalam SPLKPM
Belajar dan sertai program keilmuan di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini merupakan peluang yang baik buat kita. Dalam masa yang sama, boleh jenguk rekod SPLKPM.
Kita boleh susun latihan untuk diri sendiri dengan berpandukan pecahan yang dinyatakan dalam SPLKPM. Atur aktiviti dengan seimbang. Apabila rekod sudah cantik, bolehlah bersuka ria ikut serta apa yang kita mahu. 😀
Telah Mencapai Had Mata Kredit Maksimum SPLKPM
Kita perlu arif tentang had mata kredit bagi kategori latihan berikut. Sekiranya kredit latihan bagi satu-satu kategori telah mencukupi, kredit yang seterusnya bagi kategori tersebut tidak akan dikira. Jadi, kita perlu susun sesi latihan dengan berpandukan jadual di bawah.
Aktiviti Latihan Guru | Kredit Maksimum |
Kursus/ Bengkel/ Seminar/ Kolokium/ Konvensyen/ Simposium/ Forum/ Konferens/ Klinik Kaunseling | 15 |
Wacana Ilmu/ Taklimat/ Bicara Profesional/ Perkongsian Ilmu/ Sesi Dialog/ Ceramah/ Lain-Lain | 15 |
Bimbingan dan Pementoran (Coaching Mentoring) | 10 |
Peningkatan Akademik | 20 |
Komuniti Pembelajaran Profesional (Profesional Learning Community – PLC) | 20 |
e-Pembelajaran/ Portal eGuru | 15 |
Penyelidikan | 20 |
Penulisan & Pengkaryaan Kreatif | 20 |
Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) | 10 |
Pembacaan Buku | 20 |
Program Sangkutan di luar dan dalam KPM | 10 |
Surnbangan Lain Berbentuk Profeslonal dan Bukan Profesional | 10 |
Inovasi | 20 |
Jumlah | 205 |
Data Latihan Dijana Setiap Hujung Bulan
Latihan yang kita key in belum capai had minimum, mengapa mata kredit SPLKPM masih tidak berubah? Ini mungkin disebabkan oleh sistem janaan data. Pihak jabatan akan jana data bahari pada setiap hujung bulan, contohnya.
Sekiranya masih keliru, cikgu-cikgu boleh hubungi Setiausaha LDP untuk info lanjut. Pengurusan sistem latihan bagi setiap negeri mungkin berbeza, namun insha-Allah semuanya akan guna pakai kaedah yang sama.