Home Pengurusan Senarai Item Pemantauan Data SMPP/EMIS

Senarai Item Pemantauan Data SMPP/EMIS

by Cikgu Ayu dot My
emis online, emis, smpp, guru data, pemantauan, jpn

Pemantauan Data SMPP/EMiS akan dilaksanakan terhadap sekolah sasaran yang akan melibatkan beberapa item. 4 Modul akan dipantau oleh pihak jabatan yang meliputi Modul Sekolah, Modul Enrolmen, Modul Guru dan bukan Guru, dan Modul Pengurusan SMPP.

Setiap item dalam modul yang dinyatakan perlu dikemaskini dan dokumen-dokumen yang berkaitan juga perlu dilampirkan seperti penyata enrolmen, buku rekod kehadiran murid, takwim sekolah, buku pengurusan sekolah dan sebagainya.

Pastikan terdapat papan kenyataan khas yang memuatkan Paparan Maklumat Berasaskan Sumber Data SMPP. Guru Pengurusan Data juga perlu menyediakan fail-fail yang berkaitanseperti Fail Pengurusan SMPP, Fail Meja Guru Data Fail Meja, Fail Manual Penggunaan SMPP, Fail Lampiran Pengesahan Data Sekolah / Lampiran dan Fail Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah.

Muat Turun Senarai Item Pemantauan Data SMPP/EMIS
Muat-Turun

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.