Pastinya ramai yang menantikan Tawaran SPB atau Sekolah Berasrama Penuh dibuka saban tahun. Pemohonan untuk belajar di institusi pendidikan ini adalah terbuka buat semua murid tingkatan 1 dan tingkatan 4 yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
SBP diwujudkan untuk menyediakan persekitaran sekolah yang terancang, terkawal dan kondusif untuk membangunkan potensi murid cemerlang serta menjana modal insan berkualiti tinggi. Di sini, murid-murid akan dilatih dan dibimbing untuk mengembangkan bakat yang berpadanan dengan cabaran serta keperluan global.
Syarat Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh
Syarat Kelayakan dan Kriteria Pemilihan Murid Tingkatan 1 :
- Murid dengan status Warganegara Malaysia
- Hanya untuk murid Sekolah Kebangsaan (SK)
- Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
- Mendapat keputusan cemerlang dalam bidang akademik
- Murid aktif dalam bidang kokurikulum
Syarat Kelayakan dan Kriteria Pemilihan Murid Tingkatan 4 :
- Murid dengan status Warganegara Malaysia
- Murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan sahaja
- Cemerlang dalam bidang akademik (Mendapat bilangan A bagi 6 mata pelajaran dan minimum Gred C bagi mata pelajaran yang lain)
- Telah lulus saringan atau proses temuduga (hanya di KISAS)
- Murid aktif dalam bidang kokurikulum
Baca juga: Cara dapatkan Canva Pro percuma untuk guru dan murid
Tawaran SBP Terbaik di Malaysia
Ramai juga yang berteka-teki dengan 10 SBP Terbaik di Malaysia sebelum membuat permohonan kemasukan ke SBP. Ibu bapa dan murid-murid pastinya ingin mendapatkan tempat belajar yang terbaik agar dapat memaksimumkan pencapaian potensi diri.
Kesemua sekolah berasrama penuh ini memiliki pencapaian yang membanggakan. Ibu bapa dan murid tidak perlu bimbang tentang kredibiliti institusi pendidikan ini kerana setiap sekolah akan menyediakan perkhidmatan pendidikan yang terbaik buat semua murid.
Tawaran SBP Seluruh Negara
Berikut merupakan senarai penuh Sekolah Berasrama penuh di Malaysia:-
Negeri | Sekolah Berasrama Penuh |
---|---|
WP Labuan | SM Sains Labuan |
Terengganu | SM Sains Sultan Mahmud |
SM Sains Kuala Terengganu | |
SM Sains Dungun | |
SBP Integrasi Batu Rakit | |
SM Sains Hulu Terengganu | |
SM Sains Setiu | |
Selangor | SM Sains Kuala Selangor |
Sekolah Seri Puteri | |
Kolej Islam Sultan Alam Shah | |
SM Sains Hulu Selangor | |
SM Agama Persekutuan Kajang | |
SBP Integrasi Gombak | |
SBP Integrasi Sabak Bernam | |
SBP Integrasi Rawang | |
SM Sains Banting | |
Sarawak | SM Sains Kuching |
SM Sains Miri | |
SM Sains Kuching Utara | |
Sabah | SM Sains Sabah |
SM Sains Lahad Datu | |
Putrajaya | Sekolah Sultan Alam Shah |
Pulau Pinang | SMs Tun Syed Sheh Shahabudin |
SM Sains Kepala Batas | |
Perlis | SM Sains Tuanku Syed Putra |
Perak | The Malay College Kuala Kangsar |
SM Sains Raja Tun Azlan Shah | |
Sekolah Tuanku Abdul Rahman | |
SM Sains Teluk Intan | |
SBP Integrasi Gopeng | |
SM Sains Tapah | |
SM Sains Bagan Datoh | |
Pahang | SM Sains Sultan Hj. Ahmad Shah |
SM Sains Tengku Abdullah | |
Sekolah Sains Sultan Hj. Ahmad Shah Pekan | |
SBP Integrasi Kuantan | |
SBP Integrasi Tun Abdul Razak | |
SBP Integrasi Temerloh | |
SM Agama Persekutuan Bentong | |
Negeri Sembilan | SM Agama Persekutuan Labu |
Kolej Tunku Kurshiah | |
Sekolah Dato’ Abdul Razak | |
SM Sains Tuanku Jaafar | |
SM Sains Tuanku Munawir | |
SBP Integrasi Jempol | |
SM Sains Rembau | |
SMs Perempuan Seremban | |
Melaka | SBP Integrasi Selandar |
SM Sains Muzaffar Shah | |
Kuala Lumpur | SM Sains Alam Shah |
SM Sains Seri Puteri | |
SM Sains Selangor | |
Kelantan | SM Sains Tuanku Muhammad Faris Petra |
SM Sains Machang, Kelantan | |
SM Sains Pasir Puteh | |
SM Sains Jeli | |
SM Sains Gua Musang | |
Kedah | SM Sultan Abdul Halim |
SM Sains Pokok Sena | |
SM Sains Sultan Mohamad Jiwa | |
SM Sains Kubang Pasu | |
SBP Integrasi Kubang Pasu | |
Johor | Sekolah Tun Fatimah |
SM Sains Muar | |
SM Sains Johor | |
SM Sains Kota Tinggi | |
SM Sains Sultan Iskandar | |
SM Sains Sembrong | |
SM Sains Batu Pahat |
Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia
Akhir Kata
Semoga dengan perkongsian info mengenai Tawaran SBP, Senarai penuh SBP di Malaysia dan syarat kemasukan ke sekolah berasrama penuh ini dapat membantu ibu bapa dan murid-murid membuat kajian awal lokasi melanjutkan pelajaran dengan mudah, cepat dan tepat.
Doa-doa Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! 🙂