Home PengurusanKurikulum Bahan Catch-Up Plan Pelbagai Subjek 2022

Bahan Catch-Up Plan Pelbagai Subjek 2022

by Cikgu Ayu dot My
Catch-Up Plan KPM 2022

Berbaki beberapa minggu lagi persekolahan sesi 2021/2022 dengan adanya penggal ketiga. Catch-Up Plan 2022 diharapkan dapat membantu anak-anak menguasai kandungan kurikulum yang sepatutnya mereka kuasai dalam tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang lalu.

Saya kongsikan terlebih dahulu ringkasan mengenai Catch-Up Plan (CUP) yang sering meniti di bibir-bibir pentadbir, ketua-ketua panitia dan juga guru-guru subjek semua.

CUP dibentuk berpandukan analisis Kandungan Asas Kurikulum (KAK) yang telah disampaikan kepada murid pada sesi persekolahan bermula Januari sehingga Disember ini. Penerimaan murid terhadap sesi persekolahan yang diadakan secara jarak jauh juga telah mencipta jurang.

Artikel Berkaitan: RPH Sekolah Rendah Lengkap Semua Subjek

Catch-Up Plan dan Tahap Penguasaan

Bermula September yang lalu, guru-guru subjek telah pun membuat penilaian dan pentaksiran untuk mengetahui Tahap Penguasaan (TP) murid yang diajar. Melalui dapatan ini juga guru-guru perlu merangkan perancangan yang strategik untuk memaksimakan penguasaan murid.

Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan pelaksanaan tiga (3) strategi berpandukan aras pencapaian atau tahap penguasaan murid, iaitu:

  1. Intervensi
  2. Strategi Mampatan Pecutan dan Pengayaan (M2P)
  3. Student Engagement Learning Framework (SELF)
Tahap PenguasaanPelaksanaan
TP 1Intervensi
TP 2Intervensi
TP 3Strategi M2P
TP 4Strategi M2P
TP 5SELF
TP 6SELF

Dapatkan Bahan Catch-Up Plan

Saya kongsikan bahan-bahan yang dikongsikan oleh Inculkate Team untuk kegunaan rakan-rakan. Sesuaikan dengan keperluan dan tahap penguasaan murid.

Dapatkan RPH, Nota, Modul Intervensi, Modul M2P bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Moral, PSV, PJK, Muzik, RBT dan TMK melalui pautan di bawah:

Beli Sekarang

Ada pertanyaan? Hubungi melalui WhatsApp wa.me/60146244004

Bahan yang dikongsi ini BUKAN susunan Cikgu Ayu dot MY. Saya hanya bantu mempromosikan sebagai pilihan kepada rakan-rakan guru. Pastikan baca penerangan dengan jelas sebelum membuat pembelian.

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian Bahan Catch-Up Plan Pelbagai Subjek 2022 ini dapat memberi tambah nilai kepada rakan-rakan untuk menyusun dan merancang sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang. Jika terdapat ralat atau tambahan info untuk tulisan ini, hzf catatkan di ruangan komen juga.

Tiap keringat yang mengalir di jalan Dia, pasti juga ada pulangan yang terkadang kita tidak sangka. Moga Allah sentiasa limpahkan rahmat kasih sayang-Nya dan moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.

Doa-doa juga Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai:  Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! ðŸ™‚

Related Posts

4 comments

azlan January 7, 2022 - 7:59 AM

terbaeeek cikgu…..

Reply
salmah January 14, 2022 - 1:12 PM

assalamualaikum..untuk subjek pendidikan islam ada tak?

Reply
ROHAIMI January 18, 2022 - 11:11 AM

Terima kasih cikgu

Reply
Lima Bali March 21, 2022 - 9:45 PM

Ada untuk sekolah menengahkah cikgu?

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.