Alhamdulillah terima berita Diskaun Saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) kali ini. Kadar Khas Bayaran Saman yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam hanya berjumlah RM50 bagi semua saman kesalahan trafik. Namun begitu, tawaran sama ini hanya terpakai untuk kesalahan lalu lintas pada tahun 2022 atau sebelumnya.
Rakan-rakan bolehlah membuat semakan saman trafik dan bayaran bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023. Berikut saya kongsikan kadar saman semasa (tanpa diskaun) :
Jenis Kesalahan Trafik | Kadar Saman Kesalahan Trafik |
---|---|
Memandu laju ( Tidak melebihi 40 km/j dari had yang ditetapkan). Membuat pusingan ‘U’ di tempat yang tidak dibenarkan. Brek tidak efisyen. Berhenti di petak kuning Tidak mematuhi isyarat ‘No Entry’. Gagal mematuhi lampu isyarat . Tidak memakai tali pinggang keledar. Memotong barisan ( potong Q ) Menggunakan lorong kecemasan Tiada lesen memandu | 1 – 15 HARI =RM150 16 – 30 HARI =RM200 31 – 60 HARI=RM300 |
Jenis Kesalahan Trafik | Kadar Saman Kesalahan Trafik |
---|---|
Lampu tidak menyala. Lampu brek tidak berfungsi. Tidak memasang lampu. Tidak memasang cermin sisi. Membawa barang di dalam kenderaan yang tidak bersesuaian. | 1 – 15 HARI =RM150 16 – 30 HARI =RM200 31 – 60 HARI=RM300 |
Jenis Kesalahan Trafik | Kadar Saman Kesalahan Trafik |
---|---|
Lesen memandu tamat tempoh. Tidak hadir pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan perdagangan. Tidak membuat tukar milik. Tidak mempamerkan plat ‘P’. | 1 – 15 HARI =RM70 16 – 30 HARI =RM120 31 – 60 HARI=RM150 |
Jenis Kesalahan Trafik | Kadar Saman Kesalahan Trafik |
---|---|
Memandu laju ( melebihi 40 km/j dari had yang ditetapkan). Pemandu teksi tidak menggunakan meter. | 1 – 15 HARI =RM300 16 – 30 HARI =RM300 31 – 60 HARI=RM300 |
Bayar Diskaun Saman Polis dalam Talian
Justeru, PDRM melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik akan bersedia dengan pelbagai sistem pembayaran saman bagi memudahkan orang ramai membayar saman mereka bermula 21 April 2023 (Jumaat), jam 8.00 pagi melalui saluran-saluran berikut :
- Aplikasi MyBayar Saman;
- Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja);
- Mesin ATM Maybank seluruh negara; dan
- Semua kaunter Pejabat Pos Malaysia.
Jangan lepaskan peluang ini! Bagi mereka yang belum mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman, semakan dan pembayaran saman boleh dibuat secara dalam talian. Manfaatkannya supaya anda tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik!
Daftar dan log masuk ke laman sesawang MyBayar Saman, https://mybayar.rmp.gov.my/en [KLIK] untuk meneruskan urusan.
Penutup
Semoga dengan perkongsian informasi Diskaun Saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2023 ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada rakan-rakan guru yang berkunjung ke blog ini. Terima kasih atas sokongan semua!