Home Dunia Pendidikan Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027)

Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027)

by Cikgu Ayu dot My
Kurikulum Persekolahan 2027 (KP27)

Penyusunan Semula Peringkat Persekolahan Rendah

Peringkat pendidikan di sekolah rendah telah disusun semula kepada empat kategori utama:

  • Prasekolah
  • Tahap 1 (Tahun 1-2)
  • Tahap 2 (Tahun 3-4)
  • Tahap 3 (Tahun 5-6)

Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah 2027 (KP2027)

  1. Permulaan KP2027 di Prasekolah 2026
    Kohort murid Prasekolah sesi 2026 akan menjadi kumpulan pertama memulakan KP2027 apabila mereka memasuki Tahun 1 pada 2027.
  2. Penyelarasan Kurikulum Prasekolah dan Tahun 1
    Kurikulum Prasekolah dibangunkan bersama-sama dengan Kurikulum Tahun 1 bagi mengelakkan jurang pembelajaran. Pendekatan ini memastikan kesinambungan, menyelesaikan isu peralihan daripada pembelajaran bermain di Prasekolah kepada keperluan literasi di Tahun 1.
  3. Penilaian Literasi dan Numerasi di Tahap 1
    Berdasarkan pandangan pakar pendidikan awal kanak-kanak, purata kematangan kognitif murid dicapai pada usia 8-9 tahun. Oleh itu, dalam KP2027, penilaian literasi dan numerasi hanya akan dilaksanakan selepas Tahap 1.

Penjenamaan Semula Dokumen Kurikulum

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dijenamakan semula sebagai Dokumen Kurikulum sahaja bagi memudahkan penggunaan dan pemahaman.

Mata Pelajaran Baru: Alam dan Manusia

  1. Gabungan Elemen Pembelajaran
    Mata pelajaran baharu ini menggabungkan elemen Sains, Kesihatan, Muzik, Seni, Digital, dan TVET. Pendekatan ini menghapuskan pemisahan mata pelajaran yang diajar secara berasingan, menjadikannya lebih relevan dan tematik.
  2. Pembelajaran Bersepadu
    Pengajaran disusun secara Project-Based Learning (PBL) dan dilaksanakan melalui pendekatan co-teaching. Nama mata pelajaran ini, “Alam dan Manusia,” memberi sentuhan sentimental dan signifikan.

Penjadualan Masa Persekolahan

  • Semua sekolah akan menggunakan jadual standard dengan masa persekolahan yang seragam. Jam minimum setahun tidak lagi digunakan, memberikan keselarasan dalam perancangan pengajaran dan perjawatan.

Latihan Guru untuk KP2027

  1. Kursus Orientasi Guru
    Latihan guru akan bermula tahun ini melalui dua kaedah:
    • Dalam talian
    • Secara bersemuka Pendekatan ini memastikan semua guru menerima latihan secukupnya, termasuk bagi guru baharu.

Inklusiviti untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)

  • Sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) akan menawarkan mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Usaha ini memastikan murid MBPK dapat berkomunikasi dengan seluruh warga sekolah, bukan hanya rakan sekelas.

Program Pembentukan Karakter

  1. Bukan Mata Pelajaran
    Program ini bukanlah mata pelajaran tambahan, tetapi dilaksanakan dalam jadual waktu selama 60 minit seminggu. Fokusnya adalah pada kemahiran insaniah, komunikasi, dan kebolehsuaian (agility).
  2. Orientasi Kompetensi
    KP2027 menekankan Kurikulum Berasaskan Standard, Berorientasikan Kompetensi, mengintegrasikan program ini dalam mata pelajaran baharu.

Pelaksanaan KP2027 dan Kurikulum Sedia Ada

  1. Peralihan Bertahap
    KP2027 hanya melibatkan murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 bermula 2027. Murid di tahap lain akan meneruskan kurikulum sedia ada sehingga sekurang-kurangnya 2031.
  2. Dokumen Penjajaran Kurikulum 3.0
    Untuk kurikulum sedia ada, Dokumen Penjajaran Kurikulum 3.0 disediakan bagi meringkaskan DSKP. Dokumen ini disyorkan sebagai pilihan utama untuk pelaksanaan kurikulum sedia ada.

Muat Turun Dokumen Penjajaran Kurikulum 3.0

DPK Bahasa Melayu 3.0Muat Turun
DPK Bahasa Inggeris 3.0Muat Turun
DPK Matematik 3.0Muat Turun
DPK Sains 3.0Muat Turun

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.