Rentetan tenggelam dalam pembelajaran bersama anak-anak tadi, terpanggil untuk berkongsi mengenai perbezaan penggunaan kata “kenapa” dan “mengapa†ini.
Teknik penyoalan sememangnya penting dalam proses pembelajaran di sekolah. Melalui penyoalan inilah murid-murid akan ligat berfikir. Mereka akan berlumba-lumba untuk menjawab soalan. Lebih bagus lagi jika mereka juga dibimbing untuk turut melontarkan soalan!
Sebelum tamat sesi pembelajaran, dua orang murid sedang berperang untuk membina ayat tanya. Mereka keliru untuk memilih kata tanya yang lebih tepat.
Maksud Mengapa dan Kenapa
Dari segi fungsi penggunaan kedua-dua perkataan ini, sama. Perkataan mengapa dan kenapa digunakan untuk membina soalan. Kita gunakan perkataan ini untuk bertanya.
Jawapan yang mengiringi soalan ini, sudah tentulah berkisarkan sebab. Contohnya:-
- Mengapakah / Kenapakah kamu tidak hadir ke sekolah?
- Saya tidak hadir kerana demam.
Beza Pengunaan Kata Mengapa dan Kenapa
Walaupun kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud yang sama, namun penggunaannya perlulah tepat mengikut situasi.
Dari segi penggunaan, kata “mengapa†adalah jauh lebih baik apabila digunakan dalam penulisan. Perkataan ini amat bersesuaian dalam konteks rasmi ataupun formal
Kata “kenapa†pula digunakan dalam konteks tidak rasmi atau tidak formal. Perkataan ini kebiasaannya digunakan oleh penutur jati dalam dalam bahasa percakapan atau perbualan.