Setiap kali keluar sekolah untuk hadiri taklimat, kursus atau bengkel, memang saya tak suka tunggu lama untuk selesaikan minit curai ni. Rasa keberhutangan dengan guru besar. Sebelum diminta, lebih baik buat siap-siap.
Keperluan Minit Curai
Bergantung kepada pengurusan sekolah. Ada Pengetua/Guru Besar(PGB) yang tidak tekankan penyediaan minit curai. Namun, tanggungjawab kita sebagai wakil sekolah, catatkan apa yang diperoleh daripada aklimat, kursus atau bengkel yang dihadiri.
Apabila semua tercatat dan dikepilkan bahan iringan, buat salinan dan serahkan kepada PGB. Ini membantu penyaluran maklumat yang lebih baik kepada pihak sekolah. Andai ditakdirkan kita berpindah sekolah pun, guru yang menggantikan kerja kita akan dapat ambil alih tugasan dengan lebih tersusun.
Kandungan Minit Curai
Bagi guru baharu yang belum ada pengalaman menyediakan minit curai, boleh berhubung dengan pihak pentadbir atau setiausaha latihan sekolah. Kebiasaannya sekolah ada sediakan format yang tersendiri. Jika tiada, bolehlah buat sendiri dan pastikan maklumat berikut dicatatkan:
- Nama Guru yang Menghadiri Taklimat, Kursus atau Bengkel
- Tajuk Taklimat, Kursus atau Bengkel
- Tarikh dan Masa Taklimat, Kursus atau Bengkel
- Tempat Taklimat, Kursus atau Bengkel
- Penganjur Taklimat, Kursus atau Bengkel
- Pengerusi Taklimat, Kursus atau Bengkel
- Kandungan Taklimat, Kursus atau Bengkel
- Catatan Tindakan Susulan oleh Ketua Jabatan (Jika Perlu)
- Tandatangan Guru dan PGB
Contoh dan Format Penulisan Minit Curai
Saya sertakan di sini Contoh dan Format Penulisan Minit Curai, bukan bermakna ini yang terbaik, tapi bolehlah rakan-rakan ambil idea daripada susunannya.
3 comments
Tq cikgu
Terima kasih cikgu. saya mohon guna.
mohon dgn izin,sya download ya…cth minit curai