Label atau pembahagi (divider) minggu persekolahan 2024/2025 ini boleh diletakkan dalam Fail RPH, Fail Jadual Guru Ganti dan apa juga fail yang mengandungi dokumen harian sepanjang tahun. Bahan ini disusun untuk guru-guru yang bertugas di negeri-negeri dalam Kumpulan A. Negeri-negeri dalam kumpulan A ialah Kelantan, Terengganu, Kedah dan juga Johor.
Label Minggu Persekolahan 2024
Namun, pada kebiasaannya, Pembahagi Minggu Persekolahan 2024/2025 ini berfungsi sebagai label pemisah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) guru di dalam Fail Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. Dengan adanya label pemisah ini, kandungan fail akan lebih teratur dan mudah disemak.
Format dan saiz :
- Format : Portable Document Format (.pdf)
- Saiz : A4
- Jenis Tulisan : Trend Sans Four, Futura
Dikongsikan bahan ini daripada guru kepada guru-guru sebagai tanda sokongan diusaha yang dilakukan. Semoga dengan tersebarnya bahan ini, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan tugasan guru-guru dalam menguruskan fail masing-masing; juga menjadi saham kami di akhirat kelak.