Musim guru-guru kelas berkalut siapkan jadual bertugas di dalam bilik darjah. Saya sekadar membantu rakan-rakan guru menyiapkan jadual tugasan tanpa penat-penat kerah idea. Boleh muat turun template di bawah. Saya sediakan secara percuma.
Mengurus keadaan fizikal merujuk keadaan fizikal bilik darjah meliputi penyusunan kerusi meja murid, alat-alat, ruang, sudut pembelajaran dan kebersihan bilik darjah amatlah penting. Penyediaan jadual tugasan ini bertujuan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
Keadaan bilik darjah yang bersih dan kondusif merupakan satu keperluan asas bagi memaksimumkan tumpuan murid-murid dalam bilik darjah.
Jadual tugasan kerja diperlukan untuk memastikan suasana kelas sentiasa dalam keadaan teratur, ceria dan bersih. Dengan mematuhi jadual ini juga, diharapkan dapat memupuk semangat kerjasama dan saling bertanggungjawab dalam kalangan pelajar di dalam bilik darjah.
Sumber gambar:Â Kinders On The Block
Muat turun jadual tugasan murid di dalam bilik darjah.
14 comments
CANTIK… TQ SBB SUDI SHARE
terima kasih kerana sudi kongsi .mudah mudahan usaha anda akan dirahmati Allah insyaAllah
Saya nak mohon untuk share jadual bertugas yang cikgu tu. Cantik
Saya mohon untuk download bahan-bahan kelas cikgu. sangat menarik dan kreatif.terima kasih.
?????????
TQ SBB SUDI SHARE. SEMOHA ALLAH RAHMATI CIKGU DAN D BERI PAHALA BERPANJANGAN. AAMIIN
Terima kasih banyak-banyak kerana membantu.Saya mohon download ye…..
Terima kasih banyak-banyak kerana membantu.Saya mohon download ye…..
CARTA INI ADA TAK JUAL READY MADE?
Terima kasih cikgu ada idea untuk dibuat di sekolah saya.
assalamualaikum cikgu ayu.. trm ksh byk sbb sudi share dgn kami bahan2 yg ada.. semoga cikgu ayu dimurahkan rezeki dan diberkati hidup oleh Allah s.w.t..
Assalamualaikum cgu.Ayu
tq izinkan share.cantik sgt.
TERIMA KASIH CIKGU. SAYA GUNA YA.SEMOGA CIKGU SENTIASA DIKURNIAKAN KEMURAHAN REZEKI.
Mohon share bahan. TQ