Karangan Jenis Autobiografi merupakan antara karangan yang digemari penggubal kertas peperiksaan. Karangan jenis ini juga merupakan kesukaan murid memandangkan mereka hanya perlu membayangkan diri mereka sebagai sesuatu benda secara terperinci. Penulisan yang baik, pastinya mempunyai nilai-nilai murni yang tersendiri.
Cadangan Isi Karangan Jenis Autobiografi
- tempat asal – nama – dilahirkan di mana – proses pembuatan – dibungkus
- perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran – di mana dipamerkan – bertukar milik
- proses penggunaan dengan tuan baru – akhir hayat
- perasaan – sedih atau gembira
Contoh Karangan Autobiografi
– Aku Sepasang Kasut
Aku sepasang kasut. Namaku Puma. Aku diproses di sebuah kilang di Shah Alam. Badanku diperbuat daripada kulit dan kain yang berkualiti. Tapakku pula diperbuat daripada getah. Badanku berwarna hitam dan merah.
        Setelah siap diproses, aku disusun ke dalam kotak bersama kawan-kawanku untuk dihantar ke Kedai Kasut Tesco. Aku dipamerkan di atas rak. Ramai yang suka pada warnaku yang menarik. Aku kemudiannya dibeli oleh seorang kanak-kanak bernama Aiman Tino.
        Aiman memakaiku pada setiap petang untuk bermain bola di sekolahnya. Aku dijaga dengan baik. Badanku dicuci apabila kotor. Aku sangat gembira bersama tuanku, Aiman.
        Pada suatu hari, Aiman tersepak seketul batu yang besar. Aiman terjatuh dan badanku pula koyak teruk. Aiman menangis melihat keadaan aku.
        Ayah Aiman telah membelikannya kasut baharu. Aku dibuang ke dalam tong sampah kerana tidak dapat digunakan lagi. Walaupun sedih, aku tetap gembira kerana pernah berbakti kepada tuanku.
7 comments
cantik dan bagus
mo
l
l
l
l
l
you are the best teacher
beautiful and good…
Teacher, can you help me!
karangan ini sangat bagus dan ia memberi lebih pengetahuan kepada saya.selepas ini saya harap ada cerita lebih menarik lagi.saya juga boleh menyalin karangan ini untuk memasuki pertandingan MENULIS KARANGAN PERINGKAT SEKOLAH.saya berharap awa boleh mendoakan kejayaan saya nanti….
Salin karangan ni bulat² pun boleh ni ?
Terima kasih, Cikgu Ayu. Teruskan kecemerlangan dan perkongsian ilmu.