Kartun Comel Teka Peribahasa ini saya temui hasil perkongsian rakan-rakan. Comel sangat lukisan Mokcik_Gemok ni. Dengar nama Mokcik_Gemuk, teringat terus jeti nak ke Pulau Kapas, di situ Makcik Gemuk akan bantu naik bot, uruskan chelet dan aktiviti di sana.
Maksud dan Pecahan Peribahasa
Peribahasa merujuk kepada susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar, bijak perkataannya dan senang difahami. Warisan generasi terdahulu ini terdiri daripada
- Simpulan bahasa
- Perumpamaan
- Bidalan
- Pepatah
Teka Peribasa Pada Gambar Kartun
Guru-guru boleh mengajak anak-anak murid berteka teki di musim PKP ini. Senaraikan seberapa banyak peribahasa yang terdapat pada gambar. Cari ikon atau simbol yang membawa kepada contoh peribahasa yang ada.
Cadangan Jawapan Teka Teka Peribahasa Kartun Comel (Part 1)
- Seperti anjing dengan kucing
- Sediakan payung sebelum hujan
- Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
- Seperti katak di bawah tempurung
- Melentur buluh biarlah dari rebungnya
- Kura-kura dlm perahu, pura-pura tak tahu
- Kaki bangku
- Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
- Hidung tinggi
- Buah hati
- Gunung juga yang dilejang panas
- Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
Cadangan Jawapan Teka Teka Peribahasa Kartun Comel (Part 2)
Jawapan peribahasa yang terkandung dalam gambar di atas adalah lebih daripada 10 jawapan. Saya senaraikan 10, selebihnya boleh berhubung dengan guru bahasa masing-masing untuk perbincangan dalam talian. 🙂
- Bagai itik pulang petang
- Bagai pinang dibelah dua
- Seperti pahat dengan penukul
- Seperti kera mendapat bunga
- bagai telur di hujung tanduk
- Seperti mencurah air ke daun keladi
- Seperti anjing dengan bayang-bayang
- Bagai melepaskan batok di tangga
- Talam dua muka
- Kera terkena belacan
- Cermin diri
- Ada air, adalah ikan
Cadangan Jawapan Teka Teka Peribahasa Kartun Comel (Part 3)
Jawapan peribahasa yang terkandung dalam gambar di atas adalah lebih daripada 10 jawapan. Saya senaraikan 10, selebihnya boleh berhubung dengan guru bahasa masing-masing untuk perbincangan dalam talian. 🙂
- Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi
- Buah tangan
- Bagai bulan jatuh ke riba
- Panjang tangan
- Duit kopi
- Air yang dicincang tidak akan putus
- Banyak mulut
- Seperti ayam dan itik
- Air dicincang takkan putus
- Ada udang disebalik batu
- Itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan
- Banyak mulut
Cadangan Langkah Pembelajaran Peribahasa
- Guru menjelaskan maksud dan pecahan peribahasa. Berikan juga contoh-contoh setiap pecahan peribahasa supaya idea murid lebih tercapah.
- Beri peluang untuk murid teka apa peribahasa yang boleh dikaitkan dengan gambar. Jika perlu, berilah klu atau petunjuk.
- Bincangkan maksud, dan lebih penting lagi yang sesuai untuk menggunakan peribahasa tersebut. Bina ayat dan buat catatan dalam buku nota.
34 comments
Tkasih cikgu ayu byk mbantu akak dlm myediakan bhn.. Tk lokek utk bkongsi
Terima kasih juga akak, sudi ke sini. ?
cikgu boleh bagi jawapan ke
tak ade jawapan ke
Cikgu Ayu boleh kongsikan jawapan utk peribahasa kartun part 2 dan part 3? Terima kasih banyak-banyak.
ada jawapan tak untuk semua gamabar ini … tolong bagi
contoh jawapan peribahasa bergambar
ini sudah lebih dari Darjah 4…masa PKP macam tak ada cikgu bagi penjelasan macam mana murid nak buat??? kalau budak budak umur 10 tahun boleh buat 5 dari dalam itu sudah lebih pandai dari awak dah cikgu Ayu… faham faham lah sikit
Puan, anak dari sekolah mana ni? Boleh rujuk guru subjek kelas anak-anak ya. 😀
Aiyo makcik
Cikgu bolehke kongsikan jawapan utk peribahasa kartun part 2 dan part 3? Terima kasih banyak-banyak.
Cikgu, gambar no.1 yg org lelaki pakai topi tu sambil pegang pisau tu, peribahasanya apa? Tak pernah dengar pula
Melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. 🙂
Terima kasih Cikgu Ayu atas perkongsian. Mohon izin digunakan untuk pelajar akak.
susah tapi best anak anak suka
seronok belajar dengan gambar comel TERIMA KASIH CIKGU!
So interesting when i do it,i take long time to think.
wah bagus sekali peribahasa ini
Bahan kartun bergambar memang disukai anak-anak. Walaupun peribahasa tak betul susunan ayat tetapi menunjukkan mereka faham dengan gambar yang diberikan.
Terima kasih cikgu Ayu atas perkongsian ini.
Cikgu apa maksud.. gunung juga yang dilejang panas?
Biasanya orang yang sudah kaya juga yang mendapat untung atau bertambah kekayaannya;
orang yang telah biasa berbuat kejahatan, tentu dituduh bila terjadi kejahatan.
Cikgu rambut yang ada banyak love maksudnya apa?
yang gambar part 2 hujung sebelah kiri di bahagian atas itu sawah padi ye cgu??
cikgu ,gambar 2 yg ada ular kat kanan, peribahasanya apa ?
as salam. cikgu ayu mohon sya kongsikan pd murid-murid. terima kasih.
buat lagi banyak2 ckgu… lagi seronok dan bersemangat pelajar cari..
cikgu boleh kongsikan peribahasa part 3
cikgu boleh bagi jawapan part 3
Assalamualaikum. Mohon izin untuk guna bahan (gambar peribahasa). terima kasih
UNTUK SOALAN TERAKHIR ADA DUA PERIBAHASA SUDAH ULANG, CIKGU
cikgu,seronok membuatkannya…….banyak terima kasih…..
cikgu , karikatur part 3 memang ada sama jawapan kah ? seperti , air dicincang takkan putus dan banyak mulut ?
Yg matahari tu cikgu apa? Part 1
Cikgu Ayu…mohon halalkan ilmu yang dikongsi ini…Terima kasih cikgu ayu atas bahan ini