Media sosial sememangnya sangat membantu dalam perkongsian idea. Tindakan pihak tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membuat sekatan ke atas akses Facebook kurang disenangi oleh banyak pihak. Saya juga percaya dan yakin, Facebook memiliki lalu lintas yang sangat aktif dan saya juga menggunakannya dalam banyak ketika untuk mencari idea dalam memperbaiki mutu pengurusan dan pengajaran di sekolah.
Namun begitu, bagi perkongsian grafik ataupun gambar di Facebook sedikit sebanyak telah menghakis resolusi dan kualiti gambar/grafik tersebut. Dengan kata lain, imej yang dimuat turun melalui Facebook akan kelihatan pecah-pecah (resolusi rendah). Oleh sebab itu, saya lebih gemar berkongsi di blog.