Home Muat Turun Kertas Jawapan Objektif 20 Soalan

Kertas Jawapan Objektif 20 Soalan

by Cikgu Ayu dot My

Kertas Jawapan Objektif 20 Soalan ini saya susun selaras dengan perubahan format soalan 2016. Kurang arif tentang subjek lain, namun bagi subjek Bahasa Melayu, soalan objektifnya berjumlah 20 soalan, lebih sedikit bilangan soalan, berbanding format sebelumnya.

Jadi, saya sediakan kertas jawapan ini untuk memudahkan proses penyemakan dan penggunaan kertas juga boleh dijimatkan kerana sehelai kertas A4 dapat memuatkan dua set kertas jawapan. Potong sahaja di bahagian tengahnya untuk menjimatkan penggunaan kertas.

Semoga bermanfaat. Jika rasa dapat membantu, kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan!

Lihat juga bahan-bahan terdahulu:

  1. Logo Jabatan Pendidikan di 14 Buah Negeri Seluruh Malaysia
  2. Label nama murid kartun (lelaki/perempuan)
  3. Pelan Kedudukan Murid dalam Kelas

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian bahan Kertas Jawapan Objektif 20 Soalan ini dapat meringankan tugas rakan-rakan guru yang sedang membuat persediaan pentaksiran dan peperiksaan dalam bilik darjah. Saya percaya, bila bekerjasama, kerja kita akan jadi lebih mudah.

Tiap keringat yang mengalir di jalan Dia, pasti juga ada pulangan yang boleh menyejukkan jiwa kita. Moga Allah sentiasa limpahkan rahmat kasih sayang-Nya dan moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.

Doa-doa juga Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai:  Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! ðŸ™‚

Related Posts

3 comments

ROSLIHA SAMEH July 30, 2018 - 12:43 PM

well done

Reply
Knor March 21, 2019 - 1:45 PM

MasyaAllah terima kasih perkongsian. Akak mohon guna pakai ya.tq

Reply
siti zaiton September 23, 2020 - 11:33 AM

tq cikgu…sgt membantu saya..sy guna pakai ye..

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.