Home PengurusanPengurusan Program Kertas Kerja: Latihan Kebakaran

Kertas Kerja: Latihan Kebakaran

by Cikgu Ayu dot My
PENDAHULUAN
Memandangkan aspek keselamatan merupakan elemen yang terpenting dalam semua institusi, pihak sekolah di bawah Unit Keselamatan mengambil inisiatif untuk mengadakan program yang berbentuk peningkatan dan keselamatan murid. Program ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah betapa pentingnya isu keselamatan diambil berat oleh semua pihak. Program ini telah dirancang dalam dua siri bagi melengkapkan semua yang terlibat dengan pengetahuan keselamatan yang secukupnya. Diharapkan dengan adanya program ini akan memberikan impak yang besar kepada tahap keselamatan sekolah kita InsyaAllah. 
RASIONAL
Memupuk rasa prihatin warga sekolah terhadap keselamatan sekolah pada setiap masa dan ketika.
OBJEKTIF 
  • Menanam perasaan cintakan sekolah.
  • Sentiasa bersiap sedia dalam apa jua keadaan. 
  • Mengajak murid kearah kesedaran keselamatan. 
  • Menambah pengetahuan berkaitan keselamatan kepada murid-murid. 
  • Memupuk keprihatinan untuk menjaga keselamatan. 
MATLAMAT
  • Memertingkatkan penghayatan tentang keselamatan. 
  • Melahirkan murid yang prihatin. 
  • Melahirkan insan yang berpelajaran dan berpendidikan luas. 
  • Mempertingkatkan kefahaman, pengetahuan dan kesedaran dalaman dikalangan guru dan murid. 
  • Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. 
SASARAN
Semua murid tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan semua warga Sekolah Kebangsaan Ringlet. 
BUTIRAN PROGRAM
  • Tarikh: 13 Julai 2012 
  • Hari: Jumaat 
  • Masa: 09.00 pagi – 12.00 tengahari 
  • Tempat: Tapak perhimpunan 
AKTIVITI 
  • Latihan kebakaran atau latihan pengosongan bangunan 
  • Taklimat keselamatan 
  • Demontrasi memadam kebakaran 
  • Pameran

 

Related Posts

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.