Bandingan semacam ialah bahasa kiasan yang digunakan untuk menunjukkan perbandingan perilaku, perangai, atau sifat seseorang sejajar dengan benda yang dibandingkan. Antara perkataan yang digunakan untuk membuat perbandingan ialah:
- bagai
- seperti
- bak
- macam
- laksana
- umpama
Kandungan Pembelajaran Bandingan Semacam
Pembelajaran tentang Bandingan Semacam ini terkandung dalam sukatan awni bahasa; Bahasa Melayu Tahun 3. Boleh rujuk dalam buku Teks Bahasa Melayu Tahun 3 Jilid 1 (Hlmn. 30)
Melalui pembelajaran ini, murid perlu dapat mengaplikasikan unsur keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera. 4.1.1 (ii) Bercerita dengan menggunakan gaya bahasa yang indah dan santun (bandingan semacam).
Contoh Bandingan Semacam
Contoh bandingan semacam ini diperoleh daripada buku teks Bahasa Melayu. Antara contoh yang dikemukakan ialah:
Bil | Contoh Bandingan Semacam |
1 | angkuh seperti merak |
2 | adil macam hakim |
3 | masam seperti cuka |
4 | luas bak lautan |
5 | lembut bagai sutera |
6 | putih seperti kapas |
7 | pedih bak sembilu |
8 | kuat macam badang |
9 | manis umpama madu |
10 | kecil macam kuman |
11 | kuat macam badang |
12 | bijak laksana pendeta |
Latihan Bandingan Semacam
- Kamal ditugaskan untuk mengagihkan hadiah ini kerana dia __________________.
- Muka Faidhi __________________ selepas pasukannya tersingkir daripada perlawanan.
- Cincin yang hilang itu sukar dicari kerana kawasan ini __________________.
- Aiman __________________ kerana mampu mengangkat tong yang berat itu.
- Irina selalu menjadi tempat rujukan kawan-kawannya kerana dia __________________.
- Kita tetap perlu mohon keampunan, meskipun dosa hanya __________________.
- Permaidani yang baru dibeli oleh ayah Abu Bakar __________________.
- Senyuman ibu __________________ apabila melihat abang menerima hadiah di atas pentas.
- Bulu kucing ni sangat bersih dan _____________________.
- Perangai Alissa yang ___________________ itu kurang disenangi oleh rakan-rakannya.
Semak Jawapan Latihan Bandingan Semacam
Semak melalui [www.gengsekolah.com]
2 comments
Terima kasih diatas pengkongsian ilmu untuk BM Tahun 3.
Cikgu saya tak boleh jawap latihan bandingan semacam 1 tolong saya cikgu