Latihan Bahasa Melayu Tahun 3 ini saya siapkan untuk anak-anak murid dalam menghadapi pelaksanaan Perintak Kawalan Pergerakan (PKP). Semoga semua ibu bapa dan anak-anak murid ini dilindungi daripada wabak COVID-19 yang melanda dunia sekarang.
Latihan ini telah disusun dalam aplikasi Telegram memandangkan aplikasi tersebut mudah akses dan datanya disimpan dalam cloud. Namun ada juga kekangan untuk ibu bapa yang bertugas pada waktu pembelajaran atas talian dilaksanakan. Jadi, kita simpan juga di sini sebagai backup.
Latihan Bahasa Melayu Tatabahasa
Mematuhi saranan daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sesi pembelajaran perlu melibatkan topik yang telah diajar di sekolah.
Pembelajaran pertama ini saya memilih tajuk Penjodoh Bilangan. Topik ini telah dibincangkan pada sebelum ini, boleh merujuk kepada Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 3, halaman 10.
Penjodoh Bilangan Tahun 3
Penjodoh bilangan digunakan sebelum kata nama untuk menerangkan jumlah atau bilangan. Contonya; seekor kucing, sekuntum bunga, sebatang pokok dan sebagainya.
Latihan Penjodoh Bilangan
Dengan menggunakan pengetahuan sedia ada murid, murid-murid bolehlah membuat catatan nota dan melengkapkan tugasan di bawah:
- Pak Hamid memberikan ______________ tembikai kepada ayah.
- A. sebuah
- B. sebiji
- C. segulung
- D. selaras
- Harga bagi _______________ kasut ini ialah RM 200.
- A. sehelai
- B. sepasang
- C. sekeping
- D. sebuah
- Aiman memakai ____________ jam tangan buatan Itali.
- A. sebentuk
- B. seutas
- C. sebuah
- D. segulung
- Aina membelikan ____________ bunga untuk ibunya.
- A. sekuntum
- B. sebatang
- C. sebuah
- D. sepohon
- Encik Ismail membeli ___________ kereta baharu berwarna merah.
- A. sebiji
- B. segugus
- C. sebuah
- D. semangkuk
- Haizel terjumpa ________________ payung yang berwarna-warni.
- A. Sebiji
- B. sebuah
- C. sekeping
- D. sekaki
- Encik John berpaut pada ____________ pokok ketika ribut melanda kampungnya.
- A. sebuah
- B. segugus
- C. serumpun
- D. sebatang
- _______________ burung sedang terbang untuk mencari makanan.
- A. segerombolan
- B. seorang
- C. seekor
- D. sebiji
- Bapa Insyirah ialah ___________ posmen.
- A. sekumpulan
- B. seorang
- C. sepasukan
- D. selaras
- Ayah menghadiahkan ______________ bunga kepada ibu.
- A. segugus
- B. sejambak
- C. sebatang
- D. setangkai
Jawab Soalan Menggunakan Quizizz
Laman Quizizz merupakan salah satu laman pembelajaran yang boleh dimanfaatkan ketika melaksanakan pembelajaran jarak jauh. Soalan-soalan di atas boleh juga dijawab menggunakan laman Quizizz.
Saya telah membenamkan soalan-soalan berserta jawapan di pautan Bahasa Melayu Tatabahasa (Kata Adjektif). Melalui pautan ini, murid dapat menjawab kuiz dan jawapannya akan terus dinilai.
Kemahiran menulis adalah tunjang kemahiran dalam menguasai bahasa. Setelah siap menjawab soalan atas talian, salin dalam buku tulis atau nota. Pastikan murid-murid menggunakan tanda baca dan huruf besar dengan betul. 😀