Home Pembelajaran Abad Ke-21 Mengekalkan Tumpuan Murid dalam Bilik Darjah

Mengekalkan Tumpuan Murid dalam Bilik Darjah

by Cikgu Ayu dot My
Bagaimana cara untuk mengekalkan tumpuan murid dalam bilik darjah? Bila timbul soal penglibatan aktif murid dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP), saya mula menyoal diri, apakah saya bertindak seimbang dalam membangunkan murid-murid sewaktu PdP dijalankan? Tidak. Untuk banyak ketikanya saya lebih terdorong untuk menyebut nama-nama murid yang saya kenali. Dalam situasi awal tahun, saya masih berada dalam situasi menghafal nama dan mengenali tahap murid.
Situasi ini tidak seharusnya berlangsung dengan membiarkan murid saya tidak ingat namanya berada dalam keadaan muram kerana rasa dipingggirkan ataupun rasa ‘selamat’ kerana tiada soalan yang akan ditujukan kepadanya. Maka wujudlah kad nama murid yang disusun secara rawak.
Bagaimana saya menggunakannya:
  1. Dalam sesi yang memerlukan murid untuk memberikan respons secara individu, saya akan menggunakan kad ini dengan memilih satu kad sahaja.
  2. Murid yang tertera namanya pada kad tersebut akan diminta untuk menyelesaikan tugasan yang guru akan maklumkan.
Nampak biasa dan ringkas, namun impaknya saya membuatkan saya selesa kerana:
  1. Murid sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga dan menumpukan perhatian semasa PdP dijalankan.
  2. Murid rasa teruja untuk mengetahui siapakah yang akan terpilih untuk menyelesaikan tugasan seterusnya.
  3. Keadaan murid terkawal; tiada kebisingan dan situasi berebut-rebut mengangkat tangan dan berteriak untuk memberikan respons.

Muat Turun Kad Nama Murid

Related Posts

12 comments

GuruBestari April 16, 2016 - 8:59 PM

Bagus juga idea ni. Kad hijau disebelahnya untuk apa ye?

Reply
Cikgu Ayu dot My April 16, 2016 - 10:46 PM

Kad hijau tu sebenarnya kad tugasan dalam kumpulan,
Jika ingin tahu lanjut, saya akan ceritakan dalam artikel seterusnya. 😀

Reply
MOHD RUHAIFI BIN AB RAZAK April 18, 2016 - 6:15 AM

Tahniah Cikgu Ayu… sangat memberikan inspirasi supaya terus kratif dan inovatif. Terima kasih banyak

Reply
NORAZLIDA BT AZLI April 17, 2016 - 8:12 PM

Bagus idea cikgu…mohon share yek

Reply
Cikgu Ayu dot My April 18, 2016 - 11:12 AM

Silakan. 😀

Reply
Ayu Salina April 18, 2016 - 8:03 AM

Kad nama tu diunjukkan kpd murid berkenaan atau mcm mana penggunaannya cg?

Reply
Cikgu Ayu dot My April 18, 2016 - 11:10 AM

Boleh digunakan mengikut kreatviti cikgu.
Berikut cara penggunaan saya:

1. Terbalikkan nama murid,
2. Minta seorang murid pilih satu kad,
3. Bacakan nama yang tercatat pada kad,
4. Murid yang tercatat namanya akan melaksanakan tugasan.

Tugasan itu sama ada menjawab soalan, membentangkan hasil perbincangan
dan sebagainya. 🙂

Reply
khairun March 2, 2017 - 12:21 PM

maksudnya, setiap kelas yg diajar ada 1gugus senarai nama m nie..? erm..menarik juga

Reply
Cikgu Ayu dot My March 4, 2017 - 8:54 PM

betul. 🙂

Reply
teacher rofiza April 19, 2016 - 12:53 PM

good idea

Reply
Lia Yem April 19, 2016 - 5:25 PM

Saya pernah gunakan cara yang sama sewaktu praktikal tahun lepas tapi pensyarah saya kata saya tiada effort untuk hafal nama murid. 🙁 tapi saya tetap dengan pendirian teknik ni sangat membantu murid kekal fokus sepanjang pdp

Reply
Cikgu Ayu dot My April 23, 2016 - 10:22 AM

Pada pandangan saya, ini ialah salah satu usaha.
Lagi-lagi bila nak kena hafal nama murid yang ramai dalam masa yang singkat.

Yang utama, memang bagus bila nak terapkan unsur suspens
dan murid memang akan lebih fokus. 😀

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.