Para pegunjung boleh memuat turun nota pecahan
17 nilai murni dalam bahasa Melayu melalui pautan dibawah:
LATIHAN Â 1
Tulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi 50 patah perkataan. Tulis dalam satu perenggan.
Kehidupan Mila sekeluarga amat susah. Bapanya telah meninggal dunia setahun yang lalu. Ibunya mengambil alih menyara keluarga. Mila membantu ibunya menjaja kuih setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Walaupun Mila sibuk membantu ibunya, namun dia tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai pelajar. Mila rajin mengulangkaji pelajaran. Mila juga suka membantu rakan-rakannya yang lemah dalam pelajaran.
Suatu hari, ibunya jatuh sakit. Mila tidak dapat hadir ke sekolah. Dia terpaksa menjaga ibunya yang sakit dan menguruskan adik-adiknya yang masih kecil. Setelah beberapa hari tidak ke sekolah, cikgu Rahimah pergi ke rumah Mila. Beliau berasa terharu akan nasib yang menimpa Mila sekeluarga. Cikgu Rahimah berjanji akan membantu Mila. Kesusahan hidup Mila diceritakan kepada guru besar. Pihak sekolah mengadakan kutipan derma bagi meringankan beban Mila dan keluarganya. Mila dan keluarganya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi membantu mereka.
1 comment
karangan yang hebat