POPULAR

Tema Hari Guru 2020: Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai tanda memperingati dan menghargai pengorbanan guru dalam mendidik, membimbing serta membentuk anak bangsa. Tema Hari Guru 2020 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa tema Hari Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-49 pada tahun 2020 ialah “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”. Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu Definisi Tema Hari Guru 2020 Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Huraian Tema Hari Guru 2020 Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan

Read more

Sudah Sertai Banyak Kursus Tapi Mata Kredit SPLKPM Tak Berubah

Tadi ada rakan guru yang bertanya tentang Mata Kredit SPLKPM Tak Berubah Walaupun Sudah Sertai Banyak Kursus. SPL KPM merujuk kepada Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya catat di sini untuk rujukan saya dan rakan-rakan. Jika ada maklumat tambahan atau maklumat yang kurang tepat, mohon untuk sama-sama perbetul. 🙂 Rekod Bidang Latihan Dalam SPLKPM Belajar dan sertai program keilmuan di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini merupakan peluang yang baik buat kita. Dalam masa yang sama, boleh jenguk rekod SPLKPM. Kita boleh susun latihan untuk diri sendiri dengan berpandukan pecahan yang dinyatakan dalam SPLKPM. Atur aktiviti dengan seimbang. Apabila

Read more

PKP: Sertai Kursus Kaunseling Online dan Peroleh Sijil Penyertaan

Sambil menunggu berbuka, saya jenguk sekejap Telegram. Isi masa dengan perkongsian rakan-rakan. Saya tidak berkesempatan untuk sertai keseluruhannya, walaupun kesemua topik perbincangan sebenarnya menarik. Mana yang sempat, saya ikuti. Seronok juga apabila dapat ikuti kursus online. Okey, kali ni tertarik dengan Kursus Kaunseling : Jaga Emosi Jangan Biar Cedera. Kursus Kaunseling : Jaga Emosi Jangan Biar Cedera Saya simpan di sini supaya lebih senang untuk saya semak kursus-kursus yang telah diikuti sepanjang PKP. Terima kasih banyak-banyak kepada penganjur, banyak ilmu yang disebarkan. #positivevibes. Kursus Kaunseling : Jaga Emosi Jangan Biar Cedera ini dikendalikan oleh Cikgu Ts. Roshasfarizan dan penceramah jemputan

Read more

Latihan Bahasa Melayu Tahun 3 : Simpulan Bahasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Buat guru-guru dan ibu bapa yang singgah ke sini. Tahniah kerana masih cakna dengan pembelajaran anak-anak walaupun masing-masing terhimpit dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini saya fokuskan Seni Bahasa. Murid-murid akan rujuk buku teks Bahasa Melayu Jilid 1 (Hlmn. 5). Murid-murid akan dibimbing untuk memahami simpulan bahasa. Guru-guru boleh rujuk kepada 4.1.1 (i). 4.1.1 Bercerita dengan menggunakan gaya bahasa yang indah dan santun; (i) simpulan Bahasa Langkah Pengajaran dan Pembelajaran Seperti biasa, bimbingan diberikan melalui ruang perbualan dalam aplikasi Telegram. Penerangan dan contoh-contoh simpulan bahasa. Mencabar

Read more