Belajar Guna Telegram Sewaktu PKP
Musim PKP sekarang boleh kita lihat pesatnya penggunaan e-learning. Pelbagai laman dan juga alpikasi yang dikongsikan oleh guru dan ibu bapa untuk kelangsungan pembelajaran anak-anak di rumah. Faham dengan situasi bahawa anak-anak tidak mempunyai telefon pintar. Melalui ibu bapa, sememangnya guru-guru perlukan kerjasama. Telegram digunakan memandangkan aplikasi ini boleh menjadi penyambung pembelajaran mudah alih. Cara Menggunakan Aplikasi Telegram Aplikasi Telegram boleh dimuat turun melalui Apps Store dan juga PlayStore, ibu bapa yang menggunakan sistem Android dan iOs sama-sama dapat menggunakan aplikasi ini. Telegram boleh digunakan di telefon pintar dan juga komputer. Ibu bapa dan guru boleh install melalui https://desktop.telegram.org/. Windows
Read moreLatihan Bahasa Melayu: Simpulan Bahasa
Pembelajaran jarak jauh hari ini merupakan sesi yang ke-6 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula. Di samping memupuk nilai yang baik-baik sepanjang tempoh berada di rumah, murid juga disapa dengan pembelajaran atas talian. Rujukan Guru: 4.1.1 (i). Melalui sesi pembelajaran kali ini, murid akan dibimbing untuk menyenarai, mengetahui maksud dan menggunakan simpulan bahasa dengan betul. Simpulan Bahasa Tajuk Simpulan Bahasa ini diselitkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu sedari tahun 1. Murid diperkenal sedikit demi sedikit. Bermula dengan contoh yang mudah, hinggalah ke bentuk yang kompleks. Simpulan Bahasa ialah perkataan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih. Simpulan bahasa mempunyai maksud yang
Read moreKata Pemeri dalam Bahasa Melayu
Pembelajaran hari ini saya pilih untuk ulangkaji tatabahasa, kata pemeri. Memandangkan kelas yang diajar ialah murid tahun 3, maka saya merujuk kepada Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 3 Jilid 1 (Halaman 57). Guru-guru boleh merujuk dokumen standard 5.1.4 (vii). Item ini merupakan item yang baharu untuk murid tahun 3; juga diulang-ulang dalam kandungan pembelajaran di tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Boleh semak buku teks masing-masing. Maksud dan Contoh Kata Pemeri Secara ringkasnya, kata pemeri digunakan untuk menghuraikan subjek. Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. ?
Read moreLatihan Bahasa Melayu Tahun 1
Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan kata bilangan untuk membilang kata nama konkrit seperti haiwan, benda, tempat dan lain-lain. Contoh penjodoh bilangan ialah seekor kucing, dua biji guli, lima buah rumah. Sekarang kita belajar untuk mengenal pasti dan menggunakan penjodoh bilangan dengan betul. – 5.1.1 (iv) Latihan Bahasa Melayu Tahun 1 (Penjodoh Bilangan) Dengan dibimbing oleh ibu bapa atau ahli keluarga yang lain, murid-murid perlu melengkapkan tugasan penjodoh bilangan. Isi pelajajaran ini terkandung dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 1 (Halaman 35). Lengkapkan ayat di bawah dengan menggunakan penjodoh bilangan yang tepat. pucuk biji helai buah keping bilah
Read more