Latest feed

Featured

Cuti Sempena Tahun Baru Cina

Label cuti Tahun Baru Cina ini saya susunkan semula atas permintaan Puan Hafizah Aris. Lewat saya membaca komen beliau di tulisan saya yang terdahulu, namun saya siapkan juga untuk kegunaan masa hadapan. Terima kasih buat semua pengunjung yang tidak jemu bertandang. 🙂

Read more

Label Nama Murid: Stail Inggeris

Label nama murid menggunakan English Style. Oleh sebab guru kelasnya ialah guru Bahasa Inggeris, maka saya buatlah label ringkas bertemakan Inggeris. Saya sememangnya bukan seorang guru kelas, namum meringankan beban guru kelas, akan saya cuba lakukan sebaiknya. Lagipun apabila mengajar subjek Bahasa Melayu, maka setiap harilah saya akan masuk ke kelas tersebut. Label ringkas ini bukan sahaja sesuai untuk ditampal di meja, namun boleh juga dijadikan kad cabutan nama murid di dalam kelas. Menggunakan unsur kejutan untuk memilih murid menjawab soalan, menyiapkan tugasan dan sebagainya akan menjadikan persekitaran pembelajaran lebih menyeronokkan. Jika ada yang berkenan, bolehlah muat turun: Lihat juga bahan-bahan

Read more

Doodle Murid Sekolah Tidak Bertudung

Doodle murid sekolah dengan pakaian seragam sekolah pelbagai warna ini saya sediakan untuk kegunaan cikgu-cikgu di sekolah. Mohon tidak mengambil sebarang profit atau keuntungan, memandangkan saya sediakannya secara percuma untuk kegunaan yang baik-baik sahaja. Ikhlas. Beberapa minggu yang lalu saya sediakan doodle murid lelaki dan murid perempuan bertudung. Dan hari ini saya usahakan doodle murid tidak bertudung memandangkan ramai murid sekolah rendah belum lagi memakai tudung. Moga bermanfaat. 🙂 Muat Turun Doodle Murid Sekolah Tidak Bertudung Bahan ini disusun menggunakan Microsoft Word untuk memudahkan rakan-rakan daripada pelbagai latar kemahiran menggunakannya dengan mudah.. Boleh juga klik pautan di bawah untuk memuat

Read more

Cara Muat Turun Bahan Daripada Google Drive

Saya ambil masa sekejap untuk memberikan penerangan tentang cara memuat turun bahan daripada Google Drive memandangkan ramai antara rakan-rakan kita tidak dapat memuat turun bahan yang disediakan. Jangan risau, saya cuba bantu. 😀 Bahan yang ingin dimuat turun, kebiasaannya saya pautkan pada tulisan bahan atau butang hijau ‘Muat Turun’. Setelah diklik pautan itu, barulah anda dibawa ke halaman Google Drive ini.  Semasa berada di halaman ini, anda cuma perlu klik pada ikon yang dibulatkan itu. Ikon anak panah ke bawah. Semoga berjaya semuanya! 🙂 Dah faham kan? Sekarang jom cari bahan di sini => MUAT TURUN

Read more

Bahan Fail Rekod Pengajaran dan Pembelajaran 2016

“Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai” Berikut saya kongsikan bahan-bahan yang perlu dimuatkan ke dalam fail Rekod Pengajaran. Kulit Hadapan Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Isi Kandung Fail Visi dan Misi Fokus Pengurusan Pendidikan Keterangan Peribadi Surat Aku Janji Surat Pekeliling Ikhtisas Takwim Sekolah Senarai Tugas Guru Tidak dapat muat turun bahan? Lihat tutorial di sini > TUTORIAL MUAT TURUN Semoga dapat membantu. 🙂

Read more

Pembahagian Mingguan RPH Sesi 2016

Pembahagian mingguan Rekod Pengajaran Harian (RPH). Saya tidak pasti apa istilah yang paling tepat, tetapi pembahagian yang saya maksudkan ialah sekatan atau label antara minggu-minggu penulisan RPH. Sama ada menggunakan fail ataupun buku, bahan ini masih boleh digunakan atas kreativiti sendiri. Tarikh yang digunakan ialah bagi negeri yang memulakan persekolahan pada hari Isnin, namun begitu, tarikh-tarikh ini boleh dipinda setelah dimuat turun. Pembahagian ini telah saya susun mengikut turutan tarikhnya untuk memudahkan guru-guru menyusun RPH dengan kemas dan lengkap. Jika usaha ini dapat memudahkan guru-guru semua, mohon disebarkan kepada yang lain. Semoga Allah merahmati usaha kita semua. Jika masih relevan,

Read more