Latest feed

Featured

Pemakaian Two/Three – Piece bagi Guru Wanita di Sekolah

Pemakaian two/three – piece pant suit bagi Guru Wanita di Sekolah telahpun mendapat perhatian pihak kementerian dan diputuskan melalui Surat Pekeliling Bilangan 9, 2013. Melalui surat ini, telah dimaklumkan keputusan Kerajaan yang membenarkan pemakaian two/three – piece pant suit bagi pegawai awam wanita termasuklah guru semasa bekerja. Larangan memakai seluar atau slacks bagi penjawat awam wanita dalam Surat Pekeliling Bilangan 2, 1985 digantikan dengan pekeliling baharu. Kerajaan membenarkan pemakaian two/three – piece pant suit bagi pegawai awam wanita semasa bekerja atau menghadiri upacara rasmi kecuali upacara tersebut telah menetapkan pakaian tertentu, bersesuaian dengan kepelbagaian bidang yang diceburi oleh kaum wanita dalam perkhidmatan awam

Read more

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2015

Sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah merupakan satu program di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang telah diumumkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada 24 Mac 2015. Program ini akan dilaksanakan di seluruh sekolah pada 10 Oktober 2015 yang merupakan hari persekolahan bagi cuti berganti sempena Aidilfitri yang lalu. Sambutan Hari Sukan Negara ini adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan negara Malaysia sebagai salah sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan satu agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Read more

Kenaikan Baharu Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) Guru

Tanda tanya kenaikan Elaun Perumahan Guru atau dikenali juga sebagai Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) sudah terjawab dengan terbitnya Surat Pekeliling Bilangan 8, 2015. Kenaikan elaun ini melibatkan guru-guru dengan gred jawatan DG42 dan ke bawah dan mula dilaksanakan pada 1 November 2015. Kerajaan turut bersetuju ITP diberi kepada guru-guru yang mendiami kuarters, pada kadar 25% daripada kadar kelayakan ITP. Muat Turun Surat Pekeliling

Read more

Julat Gred Markah Sekolah Menengah : PT3 dan SPM

Julat gred markah baharu di sekolah menengah seluruh Malaysia. Sejak pelaksanaan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sekolah rendah, sistem penggredan markah juga turut diubah suai. Julat A,B,C, D, E, F dan TH diguna pakai dalam menggred pencapaian murid. Calon PT 2015 merupakan generasi terakhir yang akan menggunakan julat gred yang lama, manakala bermula 2015, gred yang baharu ini akan digunakan sepenuhnya di sekolah rendah. Julat Markah dan Gred untuk Menengah Rendah (Ting 1 hingga 3) 85 — 100 –> A 70 — 84  –> B 60 — 69  –> C 50 — 59  –>

Read more

‘Thumbs Up Thumbs Down’ sebagai Alat Penilaian

Penggunaan Thumbs Up, Middle dan Thumbs Down telah lama diperkenalkan dan dipraktikkan di seluruh dunia untuk dijadikan alat penilaian formatif yang mudah dan cepat. kaedah ini akan membolehkan guru mengetahui dengan segera tahap pemahaman murid. Murid perlu dididik untuk berani menyatakan tahap penerimaan dan pemahaman mereka terhadap sesuatu konsep atau tajuk yang disampaikan. Terlebih dahulu, murid perlu diperkenalkan dengan isyarat Thumbs Up, Middle dan Thumbs Down: Thumbs Up: Murid memahami sepenuhnya pengajaran yang disampaikan. Middle: Murid berada di tahap sederhana yang hampir menguasai sepenuhnya pengajaran yang disampaikan. Thumbs Down: Murid masih belum dapat menguasai pengajaran yang disampaikan. Maka setelah itu, guru boleh menggunakan

Read more

Label Nama untuk Ditampal di Meja Murid

Siapkan juga Label Nama untuk Ditampal di Meja Murid untuk ditampal di setiap meja. Awal-awal tahun ni memang sangat diperlukan kerana masih dalam proses menghafal nama-nama setiap murid. Bukan kerana murid tidak memakai tanda nama pada baju ataupun tudung mereka, namun kadang-kadang terlindung dek pergerekan aktif meraka. Kredit lukisan digital: FizGraphic

Read more