Latest feed

Featured

Program Little Ambassador di Sekolah

Program Little Ambassador merupakan salah satu program untuk melatih kemahiran komunikasi murid-murid pada tahap yang lebih tinggi. Sekumpulan murid akan dilantik untuk menjadi Little Ambassador  yang akan bertugas untuk memperkenalkan sekolah kepada pelawat semasa mereka datang ke sekolah. Cuti umum sempena Hari Wesak pada hari ini saya tetap bekerja untuk menyiapkan tanda nama ini untuk diserahkan

Read more

Pelan Kedudukan Murid di dalam Bilik Darjah

Pelan kedudukan murid dalam bilik darjah ini merupakan keperluan guru semasa mula-mula berada di dalam kelas tersebut. Pelan kedudukan ini merupakan alat bantu yang paling berkesan untuk menghafal nama murid-murid dalam masa yang singkat. Mengekal tumpuan Murid Dengan adanya pelan ini, guru dapat mengesan nama dan kedudukan murid-murid dan tidak hanya tertumpu kepada murid yang tertentu sahaja (diingati namanya). Murid-murid pasti akan rasa lebih dihargai dan tidak terpinggir. Sekiranya guru memberi tumpuan kepada mereka secara sama-rata. Motivasi murid juga akan meningkat apabila guru ingat namanya !

Read more

Jadual Waktu Kelas

Jadual waktu kelas merupakan antara elemen utama yang perlu dipersembahkan di ruang atau sudut info di dalam bilik darjah. Jadual waktu ini berfungsi sebagai rujukan kepada guru dan juga murid-murid. Jadual waktu versi pertama ini saya sediakan percuma buat semua pengunjung laman ini, moga-moga keberkatannya sama-sama kita rasai. Jadual ini direka letak dalam saiz A4 yang boleh dicetak besarkan sehingga 12 kali saiz A4 tanpa mencacatkan kualiti kerana penggunaan resolusi yang

Read more

Poskad Selamat Hari Lahir untuk Murid

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Program Guru Penyayang Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Mengedarkan kad ucapan Selamat Hari Lahir menjelang hari ulang tahun kelahiran ialah salah satu usaha untuk membudayakan amalan penyayang merupakan

Read more

Kenapa Saya Lebih Suka Berkongsi di Blog?

Media sosial sememangnya sangat membantu dalam perkongsian idea. Tindakan pihak tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membuat sekatan ke atas akses Facebook kurang disenangi oleh banyak pihak. Saya juga percaya dan yakin, Facebook memiliki lalu lintas yang sangat aktif dan saya juga menggunakannya dalam banyak ketika untuk mencari idea dalam memperbaiki mutu pengurusan dan pengajaran di sekolah.

Read more

Jadual Konvokesyen PISMP Kali Ke-4 IPG KPM Tahun 2014

Jadual di atas merupakan Jadual Maklumat Konvokesyen PISMP Kali Ke-4 IPG KPM Tahun 2014 yang diterbitkan oleh pihak IPG Kampus Keningau Sabah. Mungkin jadual ini boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru pelatih IPG lain mengenai perjalanan aktiviti pada hari  tersebut. Guru-guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2010 akan berkonvo bersama guru-guru pelatih B.Ed. TESOL Ambilan Julai 2008 dan PGSR Ambilan November 2009. Semua graduan perlu mengesahkan kehadiran melalui portal http://www.lmsipda.net/

Read more