Latest feed

Featured

Jom ‘Hop In’ bersama FrogVLE !

Sejak berkenalan dengan FrogVLE beberapa bulan yang lalu, dapat kita kesan beberapa pembaharuan yang telah dilakukan oleh YTL untuk membangunkan laman tersebut. Paling baharunya penukaran istilah ‘Log In’ telah ditukarkan kepada ‘Hop In’ yang berfungsi sebagai pautan masuk ke laman FrogVLE.

Read more

Subjek Baharu Diperkenalkan untuk Murid Tahun 4 2014

Mulai awal 2014 murid Tahun Empat sekolah kebangsaan akan mula belajar tiga subjek baharu, iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Sejarah. Berikut adalah pengenalan mengenai tiga subjek berkenaan. 1. Subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Subjek RBT akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal atau vokasional di peringkat menengah kelak. Mata pelajaran itu merangkumi teknikal, sains rumah tangga dan teknologi pertanian, selain elemen merentas kurikulum seperti asas keusahawanan, kreativiti dan inovasi serta teknologi maklumat dan komunikasi.

Read more

Dokumen yang Diperlukan Semasa Temu Duga SPP

Calon diingatkan supaya menyemak dan menyusun dokumen temu duga berdasarkan turutan dalam surat panggilan temu duga. KEGAGALAN mengemukakan DOKUMEN ASAL yang dinyatakan akan menyebabkan calon tidak akan ditemu duga.  

Read more

Cara Kemaskini Maklumat di JobsMalaysia

Seperti yang telah diwar-warkan, bermula 2012, semua bakal guru, tidak kiralah produk IPG/IPT, perlu memohon penjawatan mengikut prosedur yang baharu iaitu mengisi permohonan secara atas talian di http://www.jobsmalaysia.gov.my. Pengemaskinian akaun di http://www.jobsmalaysia.gov.my biasanya berlaku apabila pemohon ingin menukar atau menambah maklumat yang telah diisikan.Sering kedengaran bertita bahawa pemohon tidak dapat mengesan pautan untuk mengemaskini maklumat, jadi kami sertakan printscreen yang memaparkan lokasi pautan kemaskini. Pastikan anda mendaftar masuk (login) terlebih dahulu. Moga-moga bermanfaat.

Read more

Temuduga SPP Untuk Guru-Guru IPG 2014

Temu duga ke jawatan PPPS Gred DG41 bagi graduan yang tamat pengajian pada tahun 2013 dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), B. Ed. TESL, B. Ed. TESOL, B. Ed. Pengajian Bahasa Perancis, B. Ed. Pengajian Bahasa Jerman, Program Pelajar Cemerlang (BAHASA CINA- BEIJING) dan KPLI-PPC akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 2 Disember 2013 hingga 20 Disember 2013 di seluruh Malaysia.  

Read more

Panduan Mengisi Maklumat di JobsMalaysia untuk Guru IPG

Terkedek-kedek kita nak isi JobsMalaysia ni. Mula-mula buka laman tu, rasa macam tikus nampak besi. Tapi bila dah kena ikut prosedur ni, maka redah sahajalah. Macam biasa, mula-mula perlu daftar akaun baharu di http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces. Kalau dah ada akaun, cuma daftar masuklah. Guna nombor kad pengenalan.

Read more