Latest feed

Featured

Pindaan akta mampu cegah remaja terjebak gejala tidak bermoral

DEWAN Rakyat yang meluluskan Pindaan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) kelmarin, memperlihatkan kesungguhan kerajaan melindungi remaja perempuan berusia bawah 18 tahun daripada diperalat pihak tidak bertanggungjawab. Selain itu, kerajaan mahu memastikan remaja tidak terus dieksploitasi pihak berkenaan sehingga menjejaskan pendidikan, kesihatan serta keselamatan mereka. Apabila akta itu dikuatkuasakan, mereka tidak lagi dibenar bekerja di premis perniagaan seperti hotel, bar, restoran, rumah penginapan atau kelab malam, kecuali premis itu milik keluarga atau penjaga mereka. Kita yakin langkah menguatkuasakan akta berkenaan bertujuan memastikan remaja perempuan dalam lingkungan usia itu tidak terdedah atau terbabit dengan gejala tidak sihat. Kita tidak boleh menafikan

Read more

Tema dan Logo Kemerdekaan 2013

  Alhamdulillah, masih lagi merasai nikmat kemerdekaan. Tiba 31 Ogos 2013, maka genaplah 56 tahun negara kita bebas daripada cengkaman penjajah yang bermaharaja lela di Tanah Melayu. Tema Kemerdekaan 2013: Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.

Read more

SPS | Sistem Pengurusan Sekolah

SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA). Untuk mendaftar masuk laman SPS, sila klik pautan Berikut: Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) SPS mengandungi 22 modul pengurusan iaitu: Pengurusan Maklumat Sekolah – Pengurusan Kemudahan SekolahPengurusan Takwim –

Read more

Salam Aidilfitri 1434H | Maaf Zahir & Batin

Salam Aidilfitri dihulur buat teman-teman di alam maya. Meski ada yang belum pernah bersua muka, bukan jua jaminan untuk kita tidak tersakiti dan tersinggung rasa. Untuk segala tutur kata yang mercalar jiwa, ampun dan maaf dipinta buat semuanya. Moga hidup kita dirahmati Allah sentiasa.. Kediaman pertama di Syawal mulia; pusara bonda, sebelum berkunjung ke rumah sanak saudara. Buat pertama kalinya temu syawal di alam yang terpisah.. Moga aman bahagia bonda di sana.  

Read more

Iklan Permohonan Guru Ganti (KGSK)

Anda pesara guru atau ada pengalaman mengajar atau sedang menunggu penempatan mengajar yang berdedikasi, iltizam, dan cemerlang, sertailah kami dalam Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK). Insentif yang ditawarkan: Elaun Harian hingga RM150 sehari Cuti Rehat Berelaun Penuh Imbuhan Tetap Khidmat Awam Perubatan Percuma Caruman KWSP  (*mengikut terma dan syarat) Dapatkan borang penyertaan di Pejabat Pelajaran Daerah yang berhampiran.   Nota: Jom baca pengalaman saya memohon KGSK! :’)

Read more

Pengenalan Program Sekolah Amanah

Sekolah Amanah adalah sekolah awam yang diurus secara bersama di antara pihak swasta dengan pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia KPM. Sekolah Amanah akan diberi lebih kebebasan dalam membuat keputusan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar. Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah tanpa mengira pencapaian semasa: daripada sederhana kepada baik, baik kepada lebih baik. Sekolah Amanah akan dipilih daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sedia ada di seluruh negara (contohnya, rendah dan menengah, bandar, pinggir bandar dan luar bandar). Bagi mencapai matlamat jangka panjang ekonomi negara, Yayasan Amir memenuhi keperluan negara untuk program transformasi

Read more