Poster 8 Peta Dwibahasa iThink
Saya didedahkan dengan penggunaan Peta iThink ini sejak tahun 2012 di peringkat IPG. Peta ini sememangnya mampu menyusun maklumat dan idea murid secara sistematik dan tersusun. Seperti yang telah kita maklum, penggunaan peta iThink ini sedang disebar luas ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia untuk memberikan peluang kepada murid-murid menyusun maklumat dengan teratur. Poster ini saya susun semula reka letak grafik yang diperoleh daripada Agensi Inovasi Malaysia dengan menggabungkan kedua-dua bahasa selaras dengan program MBMMBI. Guru-guru yang berminat, bolehlah mendapatkan poster menerusi album peta di bawah. Insyaallah grafik berkualiti dan boleh dicetak dalam saiz yang besar.
Read moreJulat Gred Markah Sekolah Rendah: UPSR
Sejak pelaksanaan PBS di sekolah rendah, sistem penggredan markah juga turut diubah suai. Julat A,B,C, D, E, F dan TH diguna pakai dalam menggred pencapaian murid. Calon UPSR 2015 merupakan generasi terakhir yang akan menggunakan julat gred yang lama, manakala bermula 2015, gred yang baharu ini akan digunakan sepenuhnya di sekolah rendah. Julat Gred SR Untuk Tahun 2015Â Untuk D6, julat gred yang lama masih digunakan: 80 – 100 –> A 60 — 79 –> B 40 — 59 –> C 20 — 39 –> D 01 — 19 –> E 00 ——–> TH Untuk D4 dan D5, berikut ialah julat
Read moreStudent Voice Group (SVG) di Sekolah
Gambar di atas merupakan idea utama saya dalam menterjemahkan kumpulan Student Voice Group (SVG) ini ke dalam bentuk grafik yang ringkas. Namun oleh sebab ingin mengekalkan identiti sekolah, pihak Senior Leadership Team (SLT) inginkan sebahagian grafik tersebut dimasukkan ke dalam reka bentuk lencana sekolah agar lebih mudah dikenali. Penubuhan SVG ini dilihat sebagai satu perkembangan yang baik kerana pihak sekolah memberikan ruang dan peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan bakat dan kebolehan mereka dalam memberikan sumbangan kepada sekolah di samping mengembangkan potensi diri. Program SVG ini akan mendorong murid untuk lebih bertanggungjawab, yakin pada kebolehan dan kemampuan diri dan mempunyai jati diri yang
Read moreGambar Contoh Bilik jQaf Tercantik dan Terbaik
Subhanallah, saya sangat teruja melihat hasil tangan ustaz dan ustazah Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1 yang dapat menyiapkan bilik pembelajaran yang sebegini cantik. Jika dilihat daripada hasilnya, dapat juga dibayangkan usaha dan penat lelah dalam menyiapkannya. Korban masa, tenaga dan wang ringgit, moga Allah memberikan ganjaran yang amat besar. Bilik ini saya kira dapat dijadikan sumber inspirasi kepada sekolah-sekolah yang lain.
Read more