POPULAR

Borang Takwim Persekolahan | Muat Turun

Takwim persekolahan merupakan antara helaian yang perlu ada dalam fail ataupun buku rekod. Alang-alang dah buat tu, banyakkan salinan buat semua guru terus. Bagi rakan-rakan yang memerlukan, boleh muat turun melalui pautan di bawah. Muat turun borang takwim sekolah.

Read more

Kad Galakan Penggunaan FrogVLE – ‘ID Card’

Motivasi dan kejayaan merupakan dua elemen yang tidak boleh disangkal kebergantungannya. Murid-murid memerlukan motivasi yang akan dijadikan momentum untuk mereka bergerak. Kad galakan penggunaan FrogVLE ini diagihkan kepada murid supaya mereka lebih terdorong untuk menerokai pangkalan ilmu atas talian ini. Peruntukan besar Kementerian Pendidikan Malaysia ke atas program pembelajaran menggunakan FrogVLE ini perlu dibalas dengan peningkatan kualiti pembelajaran murid-murid, sejajar dengan usaha kerajaan untuk menyelami jiwa murid-murid yang kini memiliki kecenderungan yang besar terhadap elemen berkaitan teknologi. Saya kongsikan juga template kad ini kepada pelawat blog. Pautan muat turun template kad bahagian hadapan.

Read more

Jom ‘Hop In’ bersama FrogVLE !

Sejak berkenalan dengan FrogVLE beberapa bulan yang lalu, dapat kita kesan beberapa pembaharuan yang telah dilakukan oleh YTL untuk membangunkan laman tersebut. Paling baharunya penukaran istilah ‘Log In’ telah ditukarkan kepada ‘Hop In’ yang berfungsi sebagai pautan masuk ke laman FrogVLE.

Read more

Subjek Baharu Diperkenalkan untuk Murid Tahun 4 2014

Mulai awal 2014 murid Tahun Empat sekolah kebangsaan akan mula belajar tiga subjek baharu, iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Sejarah. Berikut adalah pengenalan mengenai tiga subjek berkenaan. 1. Subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Subjek RBT akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal atau vokasional di peringkat menengah kelak. Mata pelajaran itu merangkumi teknikal, sains rumah tangga dan teknologi pertanian, selain elemen merentas kurikulum seperti asas keusahawanan, kreativiti dan inovasi serta teknologi maklumat dan komunikasi.

Read more