330
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sedang membangunkan aplikasi permohonan atau pendaftaran kursus dalam perkhidmatan  secara online dengan melayari alamat sesawang http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline. Kursus dalam perkhidmatan ini akan membolehkan pegawai perkhidmatan pedidikan membangunkan kompetensi dan potensi ke arah peningkatan kualiti peribadi dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan
Berikut merupakan tatacara permohonan:
- Permohonan secara individu atau menerusi JPN boleh dibuat mulai 1 Februari 2014 sehingga 28 Februari 2014.
- Ketua Jabatan perlu membuat pengesahan permohonan kursus melalui aplikasi yang akan dimaklumkan dan perlu dicetak sebagai rekod.
- Calon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan untuk disimpan sebagai rekod permohonan.
- Keputusan tawaran kursus akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (sms) dan surat tawaran perlu dicetak melalui aplikasi yang akan dimaklumkan.
- Surat tawaran yang telah dicetak perlu dikemukan kepada Ketua Jabatan untuk pelepasan mengikuti kursus.
Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang:
http://apps.moe.gov.my/abpg/bpgonline/