Home Laluan Kerjaya Pendaftaran Master Pendidikan di UPM

Pendaftaran Master Pendidikan di UPM

by Cikgu Ayu dot My

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji dan syukur saya hadapkan ke hadrat Ilahi kerana menempatkan saya di jalan untuk mencapai cita-cita yang saya impikan sejak kecil. Bukan sekadar cita-cita saja, namun juga harapan keluarga. Moga-moga segala urusan ini, Tuhan permudahkan hingga ke akhirnya.

Ingin saya kongsikan pengalaman mendaftar Master Pendidikan di Universiti Putra Malaysia sebagai rujukan dan gambaran kasar bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran. Setelah membuat pendaftaran di Portal Sekolah Pengajian Siswazah, surat panggilan temuduga akan diedarkan kepada calon yang terpilih setelah tamat tarikh memohon. Temuduga ini akan menemukan kita dengan penyelaras program yang dipohon.

Setelah lulus temuduga, surat yang menyatakan kita layak menyambung pengajian akan diterima melalui portal dan juga emel. Maka, setelah tutup permohonan, selalulah jenguk portal untuk mengetahui status permohonan kita. Tempoh pendaftaran akan dibuka kurang lebih 2 minggu dan kita hendaklah mendaftar dalam tempoh tersebut. Muat turun segala borang yang diperlukan semasa pendaftaran.

Calon pelajar hanya dibenarkan mendaftar lewat sehingga minggu kedua selepas semester bermula bagi program tanpa tesis dan sehingga minggu ketujuh selepas semester bermula bagi program dengan tesis tertakluk kepada kelulusan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah.

Segala urusan pendaftaran pelajar baharu dalam tempoh minggu pendaftaran boleh disempurnakan di Kompleks Akademik A. Selepas tempoh tersebut, semua urusan pendaftaran hendaklah disempurnakan di pejabat urusan masing-masing sebagaimana yang berikut:

Item Pendaftaran Master Pendidikan
Pastikan kita telah menjalankan pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) atau mana-mana hospital/klinik kerajaan/swasta sebelum mendaftar dan lengkapkan borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan yang disertakan (RME/IPT Local). Hanya calon pelajar yang disahkan tidak menghidapi masalah kesihatan sahaja akan dibenarkan mendaftar.

Pembayaran yuran asas (RM1200 untuk program tanpa Thesis) hendaklah dijelaskan sebelum pendaftaran. Pembayaran melalui kad kredit sahaja akan diterima di kaunter pendaftaran calon ingin membuatbayaran secara tunai, sila berbuat sedemikian di mana-mana cawangan CIMB Bank dan majukan bukti pembayaran semasa pendaftaran.

Semua maklumat yang diberikan di dalam borang permohonan  adalah dianggap benar. Sekiranya didapati palsu untuk mendapatkan tawaran kemasukan ke UPM, universiti berhak untuk menarik balik tawaran ini pada bila-bila masa termasuk semasa proses pendaftaran. Oleh itu, pastikan bakal pelajar membawa semua salinan asal dokumen yang diperlukan (akademik dan kesihatan) semasa proses pendaftaran.

Kredit Gambar: Miezaa

Related Posts

8 comments

Mohamad October 30, 2016 - 5:03 PM

Masa temuduga tu die tnya pasal ape ye?sy baru apply master kat upm.mggu dpn die panggil untuk interview.risau plak.hehe

Reply
Cikgu Ayu dot My November 9, 2016 - 11:30 AM

Insyaallah semua lancar. Biasa akan ditanya mengapa pilih UPM, mengapa nak sambung belajar, isu-isu pendidikan dan tajuk kajian yang bakal kita jalankan. Semoga berjaya! 😀

Reply
zeey May 26, 2017 - 5:17 PM

assalam..sis..apa syarat2 utk menyambung ke program sarjana pendidikan?adakah perlu ada pengalaman mengajar..saya lulusan sarjana muda sains kemasyarakatan..tp berminat untuk sambung ke sarjana pendidikan..

Reply
Cikgu Ayu dot My May 29, 2017 - 3:31 PM

W’salam. Tidak perlu pengalaman mengajar. Cuma nanti akan ada satu subjek tambahan untuk pelajar yang bukan di bidang pendidikan semasa ijazahnya..

Reply
Nadia Syazwani July 25, 2017 - 8:32 PM

Nak tanya, klu lepas habis study master under pendidikan ni memang pihak ukm htr posting di mana2 atau kita kena cari kerja sendiri?

Reply
Cikgu Ayu dot My July 30, 2017 - 10:18 AM

kita cari sendiri. 🙂

Reply
Nadia Syazwani July 25, 2017 - 8:50 PM

#upm

Reply
Syafiqah September 8, 2017 - 9:31 AM

Sekarang awak sudah bekerja sebagai gurula ye? Boleh saya tahu awak degree kos apa dan master kos apa? ?

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.