Setiap tahun, sememangnya tugas pemimpin kumpulan (ketua guru penasihat) untuk menyelesaikan urusan pendaftaran pengakap masing-masing. Kebiasaannya pendaftaran tahunan ahli pengakap ini bermula Mac pada setiap tahun.
Namun tahun ini agak lewat saya uruskan, ada beberapa kekangan. Interaksi bersemuka juga ditangguhkan. Jadi, ambil masa untuk edarkan dan kumpulkan semula borang pendaftaran individu (PPM-1A).
Artikel terdahulu: Makluman dan. Panduan Pendaftaran Pengakap 2020
Persekutuan Pengakap Malaysia tidak pernah melantik mana-mana syarikat untuk pengurusan pendaftaran ahli-ahli dan Kumpulan Pengakap.
Pemimpin Kumpulan dan Pemimpin Pengakap Kumpulan Sekolah dan Kumpulan Terbuka atau Pemimpin Pasukan (Pengakap Kelana) adalah di minta untuk merujuk kepada Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri masing-masing.
Borang Pendaftaran Pengakap 2021
Guru-guru boleh mendapatkan borang pendaftaran pengakap bagi sesi 2021 melalui pautan di bawah. Borang ini boleh juga digunakan pada tahun-tahun akan datang, selagi tidak ada pengumuman perubahan pada kadar bayaran yuran dan sebagainya.
- RM 7.00 – Pengakap Lebah
- RM 7.00 – Pengakap Kanak-Kanak
- RM 7.00 – Pengakap Muda
- RM 7.00 – Pengakap Remaja
- RM 10.00 – Pengakap Kelana
- RM 10.00 – Pen. Pemimpin/Pemimpin
- RM 10.00 – Pen. Pesuruhjaya/Pesuruhjaya
- RM 10.00 – Persaudaraan B-P
- RM 10.00 – Persaudaraan Pengakap Raja
- RM 10.00 – Ahli Biasa
- RM 10.00 – Kumpulan Baru
Baca juga : Nama-Nama Sekawan dan Patrol dalam Pengakap
Kad Keahlian Pengakap
Kad keahlian pengakap akan diberikan kepada ahli-ahli pengakap yang berdaftar. Proses untuk mendapatkan kad ini mengambil sedikit masa untuk diuruskan oleh pihak pentadbiran bagi setiap negeri. Jadi, kita perlu uruskan borang pendaftaran seberapa segera yang boleh.
‘Pengakap Mentransformasi Generasi’
Kad keahlian bagi pemimpin berwarna ungu kebiruan, manakala kad keahlian ahli biasa berwarna merah. Di kad tersebut akan terpapar nama ahli dan juga nombor keahlian. Nombor WOSM juga akan dipaparkan sekiranya ada.
Borang Pendaftaran Pengakap 2021
Guru-guru atau pemimpin pengakap boleh memuat turun borang pendaftaran pengakap melalui pautan di bawah. Disertakan juga dokumen iringan seperti surat pemakluman kenaikan kadar yuran tahunan untuk rujukan semua.
- Borang Pendaftaran Ahli Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja: PPM-1 (A)
- Borang Pendaftaran Pengakap Kelana, Pemimpin, Pesuruhjaya, Jawatankuasa Kumpulan dan juga Ahli Majlis: PPM-1 (B)
Akhir Kata
Semoga dengan perkongsian tulisan mengenai pendaftaran pengakap ini sedikit sebanyak dapat memberikan informasi kepada rakan-rakan guru untuk mendapatkan panduan pengurusan pendaftaran Ahli Pengakap Malaysia bagi kumpulan masing-masing.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Semoga Allah berikan ganjara berlipat ganda kepada kita dan keluarga atas segala kerja buat, komitmen dan kesungguhan menyempurnahan amanah.
Doa-doa Allah terima setiap keringat dalam tiap usaha mendidik anak-anak murid, tidak kira dalam apa jua cara. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Komuniti Cikgu Ayu dot My ya! 🙂