381
SYARAT PERMOHOAN
- Memiliki ijazah Sarjana Muda atau Sarjana atau Doktor Falsafah daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon yang memiliki kelulusan dalam bidang Bahasa Melayu, Linguistik atau Pengajian Melayu amat digalakkan.
- Memiliki Diploma Perguruan dalam bidang bahasa Melayu dan memiliki pengalaman mengajar subjek Bahasa Melayu sekurang-kurangnya 10 tahun.
- Bersedia membantu DBP menjayakan program kebahasaan.
- Bersedia menghadiri Kursus Pembinaan Munsyi Dewan (Bahasa) 2018 dan menduduki ujian kelayakan seperti yang ditetapkan oleh DBP. Yuran penyertaan ialah sebanyak RM50.00.
- Setelah lulus ujian kelayakan, bersedia menghadiri Bengkel Pembinaan Munsyi Dewan (Bahasa) 2018 seperti yang ditetapkan oleh DBP. Yuran penyertaan ialah sebanyak RM318.00.
- Munsyi Dewan (Bahasa) akan ditauliahkan dalam satu majlis yang akan ditentukan oleh DBP.
- Munsyi Dewan (Bahasa) yang ditauliahkan perlu menjelaskan yuran keahlian sebanyak RM100.00 untuk tempoh tiga (3) tahun.
KEISTIMEWAAN MUNSYI (Bahasa):
- Menerima Watikah Munsyi Dewan (Bahasa).
- Diberikan lencana khas Munsyi Dewan.
- Layak mendapat potongan harga buku terbitan DBP.
- Layak menerima elaun penceramah, perjalanan dan penginapan apabila dilantik menjayakan program kebahasaan di dalam dan di luar negara.
- Dilantik sebagai panel penilai atau penyunting buku dan manuskrip subjek Bahasa Melayu terbitan DBP.