Tiba waktu untuk selesaikan Pengisian Diskripsi Tugas (JD) Guru | Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, semalam. Sebelum ini dengar-dengar dari jauh, nak isi pun bertangguh sebab nak tunggu taklimat daripada guru yang ditugaskan.
Dengar dari pelbagai sumber kadang-kadang memeningkan, ada maklumat bercanggah. Jadi sebaiknya rujuk guru yang menyelaras pengisian di sekolah masing-masing adalah lebih mudah.
Maksud Deskripsi Tugas (JD)
Maksud Deskripsi Tugas ialah dokumen yang menjelaskan tujuan pewujudan sesuatu jawatan dengan mengambil kira komponen akauntabiliti, dimensi dan kompetensi yang diperlukan bagi sesuatu jawatan dalam organisasi.
Deskripsi Tugas diperkenalkan bagi menggantikan Senarai Tugas. JD merupakan satu (1) elemen baharu yang diperkenalkan dalam pekeliling PKPA 4/2018 manakala sembilan (9) elemen utama yang lain ditambah baik dan dimantapkan mengikut keperluan semasa.
Tahu Peranan dan Tugas
Sepanjang proses pengisian, baca dan fahami juga kandungan yang disalin. Barulah kita akan lebih arif tentang pewujudan jawatan yang kita sandang.
Proses Penulisan Deskripsi Tugas (JD)
Alhamdulillah, pengisian dan penulisan diskripsi tugas lebih mudah dengan panduan yang diberikan. Tidaklah kita tercari-cari ayat atau istilah yang sesuai untuk menerangkan kerja buat kita di sekolah. Berikut merupakan kitaran proses penulisan diskripsi tugas.
- Kumpul Maklumat Jawatan
- Draf Deskripsi Tugas
- Semakan
- Pengesahan
- Kemaskini
Contoh Diskripsi Tugas Guru (JD)
Contoh Diskripsi Tugas Guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan boleh dilihat melalui pautan di bawah.
- Deskripsi Tugas Pengetua
- Deskripsi Tugas Guru Penolong Kanan Pentadbiran
- Deskripsi Tugas Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
- Deskripsi Tugas Guru Penolong Kanan Kokurikulum
- Deskripsi Tugas Guru Penolong Kanan Petang
- Deskripsi Tugas Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam
- Deskripsi Tugas Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
- Deskripsi Tugas Guru Kanan Mata Pelajaran
- Deskripsi Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling DG41
- Deskripsi Tugas Guru Data dan Maklumat
- Deskripsi Tugas Guru Penyelaras Bestari
- Deskripsi Tugas Guru Perpustakaan dan Media DG41
- Deskripsi Tugas Guru Akademik (Hakiki) DG41
- Deskripsi Tugas Guru Sukan
Kesimpulan
Pengisian Diskripsi Tugas (JD) Guru | Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ini sedikit sebanyak dapat menambah baik pengetahuan dan pemahaman guru-guru dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Semoga setiap keikhlasan dalam melaksanakan tugas itu menjadi asbab kita ke syurga.