5.9K
Segala maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Tertakluk kepada pindaan.Â
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa
STRUKTUR PROGRAM
Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994.
- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
- Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat gred cemerlang (A+, A, A-) dalam mana-mana tiga (5) mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam dua (2) mata pelajaran yang berikut: Bahasa Melayu; Sejarah; serta lulus Bahasa Inggeris.
- Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan semasa membuat permohonan nanti).
UJIAN KELAYAKAN
Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak untuk dipanggil temu duga.Calon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Ujian ini terdiri daripada dua (2) sesi iaitu :
- Sesi Ujian Bertulis. – Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.
- Sesi Ujian Kecergasan Fizikal – Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal. Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani  Ujian Amali Pendidikan Jasmani. Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan.
Â
CARA MEMOHON
- Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.apps.moe.gov.my mulai 10 Mac 2014.
- Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.
- Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
- Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang: http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/spcg/index.cfm bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
- Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.
- Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
SESI TEMU DUGAÂ
- Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.
- Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga
PEMILIHANÂ
- Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, Â prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).
IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
- Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat pengajian.
KALENDER AKTIVITI
BIL
|
AKTIVITI
|
TARIKH
|
1
|
Iklan permohonan Calon Guru tajaan KPM lulusan SPM Ambilan Jun 2014 dalam akhbar tempatan.
|
09 Mac 2014
|
2
|
Permohonan secara atas talian (on-line) dibuka.
|
10 Mac 2014
|
3
|
Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup).
|
30 Mac 2014 (11:59PM)
|
4
|
Semakan nama calon berjaya untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).
|
09 – 13 April 2014
|
5
|
Ujian Kelayakan Calon Guru(UKCG). Sila bawa bersama surat panggilan UKCG
|
14 – 16 April 2014
|
6
|
Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara dalam talian. Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui laman sesawang KPM.
|
05 Mei 2014
|
7
|
Temu Duga
(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat yang telah dilengkapkan). |
12 – 22 Mei 2014
|
8
|
â—Š Semakan tawaran calon berjaya.
â—Š Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM â—Š Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG. |
10 – 22 Jun 2014
|
9
|
Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru.
(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran). |
23 Jun 2014
|
Segala maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Tertakluk kepada pindaan.Â
63 comments
cikgu ayu, saya dah buka pdf nama artikelkplsm tu, yg memusykilkan saya, kenapa tertulis ambilan Jun 2013?
cikgu ayu ,mcm mane nak semak nama calon yg layak untk meduduki peperiksaan UKCG ?
Bukan 22 Mac baru boleh mohon ka ? maaf kalau silap
saya ada baca tdi.. bkan 22 mac ke??
saya ada dngar tnggal 22 bru boleh mohon???
jadi bila boleh mohon ..tnggal 10 ke atau 22???
jdi bila boleh mohon .. tnggal 10 ke atau 22 ?? sbab saya ada dngar tnggal 22
boleh berikan link untuk isi borang ipg ? saya dah cuba tapi kluar benda yg sama saja .
Saya dah mendaftar pemohonan IPG melalui link ini :
http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/spcg/index.cfm
**p/s: di page tersebut ada katogeri pendaftaran permohonan calon guru. sila klik DAFTAR BARU yg brtulisan merah sekiranya belum daftar lagi.
selamat mencuba ^_^
Terima Kasih.
Terima Kasih.
http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=4104
nh lman web untk spe2 yg nk memohon kemasukan ke IPG ^_^
http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=4104
try ni..
kena beli no. pin kat BSN tak?
Tidak perlu. 🙂
cikgu kalau sudah apply upu,bolehkah apply ipg ni lagi?
Boleh. 🙂
saya try buka borang online but tak dapat..why?
slm cg .. apa beza ijazah ppsimp dgn yg lulusan uec , sjil sma/smu tu ?
Cikgu ayu banyak membantu . Terima kasih 🙂 Doakan saya berjaya tersenarai dalam menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).
cikgu ayu , ppc bahasa perancis tu macam mana ?
ppc perancis macam mana ye ?
Terima ksih Mimi dan Nasuha. 🙂
Sofie: SMA/SMU untuk pelajar tingkatan 4.
Adwa: Tidak perlu.
Bella: PPC maksudnya Program Pelajar Cemerlang, untuk pengajian ke luar negara.
ckgu sya da mohon ipg tp ble call dia kta sya blum daftar..ble nk try mohon blik dia kta sya sudah memohon..bleh bg link untk semak nma tk? tq
ckgu sya da mohon ipg tp ble call utk kepastian dia kta nma sya blum memohon..ble nk try daftar blik dia kta k/p sya sudah memohon..bleh bg link untuk semak nma tk? tq
cikgu Ayu, ipg boleh buat kemaskini tak? saya tersalah tulis email. saya dah cari tapi tak jumpa
salam..anak buah saya nak mohon ipg ni tapi sehingga ke hari ini dia tak boleh daftar..nape ek…asyik keluar bende macam ni
500 – Internal server error.
There is a problem with the resource you are looking for, and it cannot be displayed.
esok dah penutupan boleh berikan bantuan tak???
bila n mcm mana nak buat semakan untuk calon yg layak ke ujian tu..??
assalamualaikum,, pukul berapa result keluar?? bagi sesiapa yang berjaya untuk sesi temu duga ipg??
salam cikgu.kenapa saya nak check untuk semakan tak boleh yea?dia cakap dah ditutup.hope cikgu reply ASAP.terima kasih
nak semak calon yg layak utk temuduga ukcg macam mana ??
salam,nk tnya..semakan utk calon yg brjaya dlm pismp 9 april kan..bleh bg link tak?
salam.. nak tanya ujian kecergasan tu mcm mana ye? boleh tak cikgu ayu bg penerangan?
salam , cikgu ayu 🙂 boleh tye ujian fizikal tu diuji dari segi apa sahaja ?
boleh terangkan apa itu ujian kecergasan fizikal
Salam. Bukan hrini ke tarikh kputusan semakan online.siapa yg terpilih??? Kenapa still xle bukak eh . Ke ada website lainn. ? Tolong3 . Comeeyaaaa comea 🙁
When is the another intake?
Tahun hadapan.
Tahun depan baru second intake? Bulan apa iklan permohonan? TQ
I’m that is certainly among the a great deal of sizeable information and facts in my opinion. And i’m grateful looking through ones write-up. Although choose to observation in several prevalent points, Your website design and style is great, a posts is absolutely wonderful : Chemical. Excellent activity, best wishes
sya dah dapat dah ujian kelayakan tapi un ipg 2 dia punya program untuk jadi cikgu sekolah rendah je ke?IJAZAH ATAU DIPLOMA?muskil betul..smpai skrg x pham..xblh jdi cikgu sekolah menengah ke
http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/spcg/index.cfm
Semak kelayakan calon bjaya mduduki UKCG 🙂
http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/spcg/index.cfm untuk semak keputusan
Ujian btulis n kcergasaan tu mcmmna..?? Contoh soalan ples?
Salam cikgu Ayu. Saya baru tahu anak saya ada panggilan temuduga pada 15 April 2014. Saya hanya tahu pada hari ini 17 April. Sebab sibuk kerja hingga lupa nak semak ada panggilan temuduga atau tidak. Tambahan lagi internet kat Sarawak ni selalu hang. Dah cuba tel IPG di Sarawak dan Putrajaya tadi tapi mereka kata tak dapat tolong. Cikgu Ayu ada cara atau jalan tak untuk buat rayuan. Anak saya itu sedang latihan PLKN sekarang ni.Tq
Saya baru dapat keputusan ukcg,yang menyatakan saya gagal.bolehkah saya membuat rayuan untuk di tempatkan dalam temuduga calon guru 2014, kalau boleh bagaimana caranya. Tolonglah, saya begitu berminat untuk menjadi guru.
cikgu ayu, helaian penyataan hasrat tu mcm mna.. satu lagi sijil2 siapa yang boleh sah kan selain pengetua sekolah??
Saya telah dipilih untuk temu duga IPG dan telah ditawarkan program diploma bahasa inggeris di UPSI. Saya nak tanya kalau keputusan temuduga keluar 10 jun 2014 jika saya menerima tawaran untuk belajar di UPSI adakah IPG saya terbatal? Saya harus menerima atau tidak tawaran Upsi sebelum 17 Mei dan perkara ini amat merunsingkan saya. Saya amat keliru. Tolonglah bantu saya.
Kemasukan ke IPG dan UPSI ialah dua cabang yang berbeza. Tidak ada yang akan membatalkan antara satu sama lain. 🙂
Saya telah dapat keputusan ukcg yang menyatakan saya gagal. Bolehkah saya membuat rayuan untuk ditempatkan dalam temuduga calon guru 2014? kalau boleh, bagaimana caranya? Keputusan SPM saya bukan sangat cemerlang, saya dapat 2A+, 4A- dan 4B+. Tolonglah, Cikgu Ayu. Saya begitu berminat untuk menjadi guru. Terima kasih.
salam…cikgu ayu..kenapa sy x dpt dlm permohonan IPG… sdgkan results spm sy 7A…. sy rjn gak,,,wat semakan temuduga.. tp x dpt… hmmm…. kwn sy y dpt 8A pon …x dpt… mcm ne nk wat rayuan????
Greeting Oh! Peperiksaan.. Thanks atas perkongsian informasi ini.
Demi mempelbagaikan sumber, saya juga ingin berkongsi Bank Soalan KSSR.
Download Soalan Ujian Bulanan, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan
Akhir Tahun KSSR 2014. Muat Turun Koleksi Soalan Peperiksaan KSSR Terkini.
Download the KSSR Questions for Monthly Test , Interim Examination and Final Examination in the subject of elementary school students in Malaysia.
my site :: Download Soalan Peperiksaan KSSR KPM
a.kum?cikgu sya nk minta pertolongan dari cikgu,sya mempunyai seorang anak yg betui2 berminat menjadi seorang pendidik,skarang dia tengah menunggu keputusan temuduga ipg,keputusan keluar 10,6,2014.sekarang ni dia dpat tawaran matrikulasi,kalau menerima matri adakah ipg terbatal?saya mohon jasa baik cikgu utk memberi penjelasan?t.kasih.
Assalamualaikum cikgu..sy nk minta pendapat ckgu..sy telah pon menjalani temuduga ipg baru2 ini..tetapi sy keliru untuk menerima tawaran upu yg perlu mendaftar pd 2/6 ataupun menunggu result ipg 10/6 ni..please help me??
assalamualaikum, cikgu. saya nak tanya, bilakah tarikh akhir permohonan ke ipg 2014? kalau mintak sekarang boleh tak?
Permohonan untuk lepasan SPM akan dibuka pada bulan Mac sahaja.
Tunggu tahun depan pula. Insyaallah ada rezeki 🙂
IPGM, …….. byk birokrasi..
Masih blh mendaftar kh utk IPG..??
Assalamualaikum, sya nk tnya mcm mna cara untuk apply guru sek vokasional, dan apkah syrt kelayakan untuk mohon?
Assalamualaikum saya ingin bertanya tentang permohonan ipg. Saya tidak sengaja tertinggal pengakuan semasa isi borang permohonan tersebut apakah borang saya tu sah ?
selamat petang, saya ingin bertanya,apa ujian-ujian amali pendidikan jasmni ipg(ukcg)?
Hai…bleh share pengalaman ujian amali PJ
Lulus ke.
Hai.. Bleh share pengalaman ujian amali PJ.
Pergi ke tak..?