Home Perkhidmatan Persaraan Pilihan Sendiri Kakitangan Kerajaan

Persaraan Pilihan Sendiri Kakitangan Kerajaan

by Cikgu Ayu dot My
Persaraan Pilihan Sendiri 2022

Apabila datang kepada topik persaraan pilihan sendiri, sayu juga hati. Mengenangkan suka duka dalam perjalanan memulakan karier melalui bidang pendidikan. Setakat ini, belum lagi berhasrat untuk bersara awal, namun pada masa akan datang belum tentu lagi keadaannya.

Seperti yang kita maklum, kakitangan kerajaan yang berumur 40 tahun boleh memilih untuk bersara lebih awal. Faedah persaraan juga tetap dapat dinikmati sekiranya usia perkhidmatan adalah lebih daripada tempoh 10 tahun. Setiap kakitangan yang memohon sudah pasti ada sebab-sebab dan alasan yang kukuh.

Semoga Allah permudahkan segala urusan guru-guru sama yang yang memohon bersara awal atau yang masih berada dalam litar perkhidmatan. Doa-doa kehidupan sentiasa bertambah baik, dunia akhirat.

Tapisan SPRM Sebelum Mohon Persaraan Pilihan Sendiri

Kali ini saya kongsikan syarat baru untuk membuat permohonan persaraan pilihan yang diumumkan oleh Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN). Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil keputusan untuk menambah baik sistem permohonan dengan membuat tapisan keutuhan SPRM.

Permohonan persaraan pilihan semua kakitangan kerajaan di semua peringkat jawatan mesti melalui tapisan SPRM. Ini merupakan tambahan syarat baharu. ‘Lampu hijau’ daripada pihak SPRM diperlukan sebelum mengemukakan permohonan persaraan pilihan pegawai ke JPA / KWAP.

Syarat tambahan ini akan berkuat kuasa sepenuhnya untuk permohonan persaraan pilihan yang diterima oleh JPA / KWAP mulai 1 Januari 2022. Rujuk Kit Panduan Pesara untuk maklumat-maklumat persaraan yang terdahulu.

Semakan Persaraan Pilihan

Setelah membuat permohonan, guru-guru atau mana-mana kakitangan kerajaan boleh menyemak keputusan permohonan menggunakan pautan [SEMAKAN ONLINE] atau aplikasi MyPesara. Melalui aplikasi ini, bukan sahaja pautan semakan, namun pelbagai maklumat berkaitan persaraan dan infomasi terkini boleh didapati.

Aplikasi MyPesara Persaraan Pilihan Sendiri

Berikut merupakan antara fungsi yang boleh diakses:-

  1. Menyemak maklumat persaraan.
  2. Informasi berkaitan faedah persaraan, tips pengurusan
    kewangan dan kesihatan.
  3. Tetapkan temujanji dan hubungi KWAP melalui aplikasi ini.
  4. Pengumuman terkini mengenai aktiviti untuk pesara.
  5. Kalendar tarikh pembayaran pencen.

Cara Pengiraan Faedah Persaraan

Faedah Persaraan merujuk kepada faedah yang akan diterima oleh setiap pesara kerajaan apabila telah mencapai tarikh persaraan seperti berikut:-

cara kira faedah bersara

Akhir Kata

Semoga dengan perkongsian maklumat berkaitan Persaraan Pilihan Sendiri ini dapat membantu rakan-rakan guru yang sedang merancang untuk bersara awal. Biarlah walau di mana cikgu-cikgu berada, apa juga yang berlaku dalam kehidupan cikgu-cikgu, moga Allah sentiasa limpahkan rahmat kasih sayang-Nya.

Doa-doa juga Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai:  Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! ðŸ™‚

Related Posts

2 comments

Nordina Mohd February 23, 2022 - 1:04 AM

You are great.. Thank u so much

Reply
embran November 29, 2022 - 4:04 PM

ada tak contoh surat persaraan pilihan (guru)

Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.