Saya didedahkan dengan penggunaan Peta iThink ini sejak tahun 2012 di peringkat IPG. Peta ini sememangnya mampu menyusun maklumat dan idea murid secara sistematik dan tersusun. Seperti yang telah kita maklum, penggunaan peta iThink ini sedang disebar luas ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia untuk memberikan peluang kepada murid-murid menyusun maklumat dengan teratur.
Poster ini saya susun semula reka letak grafik yang diperoleh daripada Agensi Inovasi Malaysia dengan menggabungkan kedua-dua bahasa selaras dengan program MBMMBI. Guru-guru yang berminat, bolehlah mendapatkan poster menerusi album peta di bawah. Insyaallah grafik berkualiti dan boleh dicetak dalam saiz yang besar.
1 comment
terima kasih buat cikgu. semoga dimurahkan rezeki atas usaha dan perkongsian cikgu