Poster peraturan bilik darjah ini saya sediakan percuma untuk rakan-rakan yang berkunjung ke sini. Awal persekolahan adalah fasa membentuk tingkah laku positif dan guru-guru pastinya akan bersama-sama murid menetapkan peraturan-peraturan bilik darjah untuk kebaikan bersama.
Tugas seorang guru tidak hanya terhad kepada menyampaikan isi pembelajaran semata-mata. Kejayaan untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran itu bermula apabila guru dapat menjadi pengurus bilik darjah yang baik. Berikut adalah antara kepentingan pengurusan bilik darjah:
- Keberkesanan pengurusan bilik darjah akan menyediakan persekitaran bilik darjah kondusif yang akan menyumbang kepada keberkesanan proses pembelajaran murid.
- Guru-guru memberi kerjasama yang erat untuk membentuk suasana harmoni dan selamat dalam bilik darjah.
- Hubungan baik dan kerjasama yang terjalin dapat meningkatkan motivasi dan sikap bertanggungjawab dalam peribadi murid.
- Salah satu pengaruh terbesar terhadap iklim bilik darjah ialah tingkah laku murid yang terkawal. Tingkah laku yang positif akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lebih teratur dengan gangguan yang lebih minimum.
- Proses pengajaran yang lancar dapat meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti yang dirancang.
Muat Turun poster melalui pautan di bawah. Perincian fail adalah seperti berikut:
Butiran Poster Peraturan Bilik Darjah :
- Format : Microsoft MowerPoint (.pdf)
- Jenis tulisan (font) : Lilita One, QuickSand
- Saiz fail : 52.8 MB
Berikut pula merupakan bahan-bahan berkaitan yang mungkin boleh memberi manfaat kepada guru kelas!
- Poster Peraturan Bilik Darjah | Classroom Rules
- Label nama murid tema angkasawan
- Label nama murid tema Hello Kitty
- Label nama murid kartun (lelaki/perempuan)
- Label nama meja murid doodle (lelaki/perempuan)
- Label nama di meja murid (english style)
- Label nama mengikut kumpulan haiwan comel
- Label nama murid tema Unicorn
- Pelan Kedudukan Murid dalam Kelas
Akhir Kata
Semoga dengan perkongsian bahan melalui artikel Poster Peraturan Bilik Darjah | Classroom Rules ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan yang sedang mencari bahan keceriaan kelas. Saya percaya, bila bekerjasama, kerja kita akan jadi lebih mudah.
Tiap keringat yang mengalir di jalan Dia, pasti juga ada pulangan yang boleh menyejukkan jiwa kita. Moga Allah sentiasa limpahkan rahmat kasih sayang-Nya dan moga-moga dipermudahkan urusan kita semua.
Doa-doa juga Allah sentiasa gerakkan hati-hati kita untuk berbuat kebaikan, meski walau sekecil zarah. Jangan lupa untuk sertai: Telegram Cikgu Ayu dot My juga ya! 🙂