Tujuan Program Felo Perdana adalah untuk memberi anak muda Malaysia yang cemerlang dan berbakat pengalaman secara langsung dalam urusan tadbir negara. Felo akan bertugas di peringkat tertinggi dalam Kerajaan Persekutan membantu Menteri Kabinet dalam melaksanakan agenda nasional.
Felo-felo Perdana, sabagai bakal pemimpin negara, harus mempunyai minat di dalam hal ehwal awam dan perancangan dasar kerajaan. Inilah masanya bagi anak-anak muda Malaysia yang mempunyai aspirasi untuk terlibat secara langsung di dalam kepimpinan tanahair disamping menyumbang kearah pembangunan negara.
Felo Perdana Siswazah
Program Felo Perdana Siswazah adalah terbuka kepada semua pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi, tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di bawah. Calon yang berminat perlu bersedia untuk menjalani penempatan sekurang-kurangnya 6 minggu dalam program ini. Program Felo Perdana Siswazah dirangka untuk memberi ruang kepada para pelajar untuk menyumbang kepada proses pembangunan Negara dan pada masa yang sama mengilap bakat kepimpinan mereka di peringkat tertinggi Kerajaan.
- Calon perlu merupakan Warganegara Malaysia
- Calon sedang mengikuti pengajian di mana-mana institut pengajian tinggi, dalam dan luar negara
- Calon perlu mempunyai keputusan akademik yang memuaskan.
- Calon perlu di bawah umur 30 tahun
- Calon perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang kukuh
- Calon perlu menunjukkan penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurrikulum
- Calon perlu mempamerkan tokoh kepimpinan yang berpotensi tinggi
Felo Perdana Graduan
Program Felo Perdana Graduan adalah terbuka kepada semua graduan baru daripada institut pengajian tinggi, tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di bawah. Calon yang berminat perlu bersedia untuk menjalani penempatan sekurang-kurangnya 3 bulan dalam program ini. Program Felo Perdana Graduan dirangka untuk memberi ruang kepada para graduan yang ingin memahami dengan lebih mendalam urustadbir Kerajaan and menyumbang kepada proses pembuatan dasar di peringkat tertinggi Kerajaan Persekutuan.
- Calon perlu merupakan Warganegara Malaysia
- Calon perlu merupakan graduan baru daripada institut pengajian tinggi, dalam dan luar negara
- Calon perlu mempunyai rekod akademik yang memuaskan.
- Calon perlu di bawah umur 30 tahun
- Calon perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang kukuh
- Calon perlu menunjukkan penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurrikulur atau program kemasyarakatan
- Calon perlu mempamerkan tokoh kepimpinan yang berpotensi tinggi
Permohonan
Untuk memohon menjadi Felo Perdana Graduan atau Felo Perdana Siswazah, sila serahkan CV/Biodata anda, bersekali dengan karangan esei dalam lingkungan 500 patah perkataan. Esei tersebut perlu menjelaskan apakah dasar kerajaan yang anda fikirkan paling penting dan bagaimana ianya dapat ditangani dengan lebih baik.
Terkini: Sesi permohonan untuk Felo Perdana 2014 kini bermula. Semua permohonan harus dihantar sebelum 6 Jun 2014 kepada: [email protected].
Sumber: Perdana Fellows