484
Definisi
Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
- Meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
- Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
- Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Tunggak Dasar Teknologi Hijau
- Tenaga – Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga
- Alam sekitar – Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
- Ekonomi – Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan
- Sosial – Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.
Objektif
- Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi;
- Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;
- Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa;
- Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan
- Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.
Maklumat Lanjut: Jabatan Penerangan