Sijil Sakit daripada hospital atau klini swasta bagi rawatan pesakit luar kini melalui beberapa perubahan dan penambahbaikan. Sebelum ini, penjawat awam yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di klinik atau hospital swasta hanya terhad kepada 15 hari sahaja. Sekiranya lebih 15 hari, sijil sakit tersebut memerlukan endorsement daripada pegarai perubatan kerajaan.
Dengan adanya pekeliling terkini, JPA.SARAAN (S) 43/44 Jld.3 (24), mana-mana ketua jabatan boleh menerima sijil sakit swasta bagi rawatan pesakit luar tanpa tandatangan timbal (endorsement) oleh Pegawai Perubatan Kerajaan tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar bagi kemudahan Cuti Sakit
Penambahbaikan peraturan ini adalah selaras dengan perubahan trend keperluan hidup semasa, polisi Kerajaan yang menggalakkan penggunaan perkhidmatan swasta dan dapat membantu mengurangkan kesesakan di hospital-hospital Kerajaan.
Mengurangkan Birokrasi Pengesahan Sijil Sakit
Pendekatan ini diambil bagi mengurangkan birokrasi dalam proses untuk mendapatkan pengesahan berhubung sijil sakit swasta yang melebihi tempoh yang ditetapkan.
Semua pihak yang terlibat hendaklah mematuhi garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan, berdasarkan integriti dan profesionalisme.
Mana-mana pihak yang melanggar etika dalam proses mengeluarkan sijil sakit palsu, mereka adalah tertakluk di bawah peraturan sedia ada dan boleh dikenakan tindakan oleh pihak yang mengawal selia tadbir urus klinik-klinik swasta.
Pekeliling Pengesahan Sijil Sakit Hospital atau Klinik Swasta
Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 43/44 Jld.3 (24) bertarikh 18 Februari 2022, 𝗣𝗲𝗸𝗲𝗹𝗶𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗺𝗯𝗲𝗿 𝗠𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮 (𝗠𝘆𝗣𝗣𝗦𝗠) 𝗖𝗲𝗿𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗦𝗥.𝟱.𝟰.𝟱 (𝗣𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗸𝗮𝗶𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮𝗮𝗻 𝗖𝘂𝘁𝗶 𝗦𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗦𝘄𝗮𝘀𝘁𝗮 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗧𝘂𝗷𝘂𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗖𝘂𝘁𝗶 𝗦𝗮𝗸𝗶𝘁) dan 𝘀𝗼𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗹𝗮𝘇𝗶𝗺 boleh dimuat turun melalui pautan https://tinyurl.com/26h4mt6b
Sekiranya terdapat kemusykilan atau pertanyaan lanjut, sila hubungi:
- ☎️ 03- 03-8885 5689 /03-8885 5660 / 8885 5609
- ✉️ [email protected]